Posts

Showing posts from August, 2011

TADARUS AL-QURAN

Image
Assalamualaikum... T pergi ambik anak-anak di sekolah mereka pukul 12.00 tengahari tadi. Tersenyum-senyum dok tunjuk pada T apa yang mereka dapat. Surah Yaasin dan juga duit raya RM5 seorang sebagai cenderahati mereka bertadarus Al-Quran di sekolah. Syukur Alhamdulillah. Ummi bangga dengan anak-anak Ummi!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-17

22082011- 28082011

Bayi : Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jari sendiri.

Ibu : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Bab pinggang ramping tu, memang T tidaklah. Tapi kalau 12 tahun dulu, ukurannya ialah sekitar 25-26cm. Sekarang, vavavava... Tak mo cakap, tak mo bilang sama kamu! Malu dong ah! Ye, perut semakin membesar dan memang pada dasarnya perut tu memang buncit sebelum mengandung kali ke tiga ni pun (lalalala). Tapi bab gusi berdarah, so far, Alhamdulillah. Belum mengalaminya lagi. Puasa pun Alhamdulillah. Belum ponteng lagi dan masih larat berpuasa. Tinggal tak lama je lagi ni. 6 hari saja lagi sebelum kita berhari raya. Insya Allah, seronoknya kalau dapat…

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-16

15082011 - 21082011

Bayi : Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Ibu : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda adalah tidak terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Alhamdulillah. T berasa sihat dan tidak punyai apa-apa masalah kesihatan. Cuma berasa sedikit letih. Mana taknya, weekend lepas dok berjalan ke KL. Harap-harap T akan merasa lebih sihat di sepanjang proses kehamilan ini. Insya Allah, Amin.

14 RAMADAN

Image
Assalamualaikum... Hari ini kami ke Jusco 1 Utama pula. Misi mencari baju raya anak-anak. Kemudian gerak ke Sunway Pyramid. Sudah shopping sikit, posing ambik gambar, kami ke Sentul Curry House. Misi mencari Kari Kepala Ikan di situ. Seterusnya pulang ke rumah Abang Ipar di Selayang. Berbuka beramai-ramai. Apabila 4 family adik-beradik Hubby berkumpul, gamat jadinya! Terima kasih uols sudi berkumpul bersama. Inilah hari berbuka paling best setakat berpuasa tahun ini! Kita jumpa lagi di Kelantan nanti ye? Can't wait! Buat tuan rumah di Selayang, terima kasih banyak-banyak sampaikan Nur tak mahu pulang dan nak tidur di rumah Pak Longnya lagi! Enjoy sangat dia di sana! Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pukul 11.30 malam. Good night! Love, Love, Love You!






13 RAMADAN

Image
Assalamualaikum... Hari ni kami ke MV. Cari baju raya anak-anak. Dapat cari baju Nur saja dulu. Kami berbuka puasa di MZ Darul Naim di Kg. Baru depan Hotel KLIH. Ajak juga family adik & abang ipar berbuka sekali. Kemudian kami ke rumah abang ipar di Selayang pula. Tidak berbuka bersama mereka kerana mereka sekeluarga berbuka di KPGA. Dok sambung menjamu makan dengan penuh berselera & juga bermalam di sini. Tengah malam dok makan Kuey Teow Goreng pulak. Kenyang Alhamdulillah.





40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-15

08082011 - 14082011

Bayi : Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Ibu : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Pagi tadi T pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Baru Nurse berpuas hati apabila ketika berat T ditimbang, sudah naik sekilo. Sejak pertama kali T berkunjung ke klinik untuk check-up iaitu pada 15062011, baru hari ini berat badan T naik. Ye, T seberat 84kg hari ini! T berada di dalam keadaan yang sih…

SIJIL PENCAPAIAN

Image
Assalamualaikum...

Nur bawa balik ni dari sekolah hari Isnin lepas. Sijil dan Piala di atas pencapaian Nur & The Gang di dalam program Action Song yang telah mereka sertai sebelum ini. Cerita tentang Action Song ada di sini:-

http://chakapchakap.wordpress.com/2011/05/19/karnival-bahasa-inggeris-part-1/

http://chakapchakap.wordpress.com/2011/05/19/karnival-bahasa-inggeris-part-2/



Sijil diletakkan di dalam fail pink tu dan disertakan sekali dengan sapu tangan. Pink. I like!





Ini pula yang diberikan oleh pihak sekolah buat Nur & The Gang. Boleh disimpan sebagai kenang-kenangan. Terima Kasih SKJB!
Cerita Action Song Peringkat Kebangsaan 2011 ada di sini:-
http://chakapchakap.wordpress.com/2011/07/04/karnival-bahasa-inggeris/


Till then, Love, Love, Love You!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-14

01082011 - 07082011

Bayi : Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Ibu : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum.

Ye. Dah agak kurang T muntah-muntah lately ni. Harap-harap tak muntah-muntah dah. Tak tahan beb makan dan muntah, makan dan muntah.