Tuesday, August 16, 2011

16 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini kami ke Kuantan. Hubby ajak temankan dia ada kerja sikit di sana memandangkan esok cuti Nuzul Quran. Dah siap kerjanya, kami bersolat jamak di Masjid Besar dan terus ke Pasar Ramadan. Sedang asyik berjalan melihat-lihat juadah untuk berbuka, tiba-tiba bahu T dipegang seseorang. Bila T berpaling muka, T nampak kawan sekolah T dulu, Ja. Uh! Tak sangka berjumpa di sini. Last kami bersama adalah semasa kami berada di Tingkatan 2 dan dia kemudiannya berpindah sekolah. Sudah berbelas tahun tu! Happynya dapat berjumpa kawan lama biarpun sekejap cuma. Selepas berbual barang seketika, kami ke Restoran Phuket di Tg. Lumpur untuk berbuka. Siap berbuka, kami balik ke Temerloh. Singgah di R&R Gambang untuk bersolat jamak. Pukul 10.00 malam sudah sampai di rumah. Home sweet home! Night Night!



No comments: