Saturday, August 20, 2011

20 RAMADAN

Assalamualaikum... Hari ini untuk berbuka T masak Sambal Sardin Berkentang dan juga Ayam Masak Halia Berkicap. Masuk dapur pun dah pukul 6 petang. T tak suka masak awal-awal. Biasanya kalau lauk ringkas pukul 6.00 @ 6.30 petang, baru T masuk dapur. Tapi bahan-bahan rencah sudah disediakan awal-awal. Yang penting kita layan "Ketika Cinta Bertasbih" dulu. Gayanya cemburu Ustazah Anna semakin menjadi-jadi terhadap Ustazah Qonita. Sarah pulak, ah! Kamu jangan macam-macam! Hehe. Aku suka betul dengan cerita ni. Banyak nasihat dan pengajaran yang boleh dititip setiap episode. Tapi kalau petang Sabtu, kita layan "Marry Me Mary" pulaklah ye? Konflik sesama mereka semakin ketara. Jalan cerita lebih mendebarkan! Ini je cerita Korea yang T layan, cerita lain masih belum berkesempatan walaupun ada kawan-kawan dok bercerita mereka tengah "addict" menonton drama-drama Korea yang lain. T tahu mesti sedap, sebab tu mereka tengok tapi itulah. Tak kena dengan masa T pulak. Anyway, lauk lain untuk berbuka Hubby beli di Pasar Ramadan. Tapi itulah ye, tak boleh beli makanan luar sebarang. Bahaya. Sampai boleh membawa maut! Nauzubillah!

1 comment:

FarEast said...

teringat first puasa, meja makan saya penuh dgn lauk pauk ... hehe :p selamat berpuasa, tak lama lagi nak raya ... jaga diri elok2 :)