Thursday, August 04, 2011

4 RAMADAN

Assalamualaikum... Untuk bersahur pagi tadi, T masak Sup Sayur saja & panaskan Sambal Ikan Kembung. Manakala menu untuk berbuka T masak Ayam Masak Lemak Cili Api, Sambal Sotong, Ikan Tilapia Goreng, Ikan Pekasam Dadar (Ikan Pekasam yang digoreng bersama Telur Dadar. Hubby request masak cara gini), ada Petai Jeruk (dah lama tak makan! Sedap ditambah dengan Cili Api tu!), jugak T buatkan Kuih Cara Manis, Air Nestea & Sunquick. Kuih-muih & Susu Segar Hubby & kids beli di Pasar Ramadan tadi. Alhamdulillah. Rezeki kami untuk berbuka hari ini. T tak sempat pergi Param lagi. Keinginan itu masih belum ada. Dok asik melayan "Ketika Cinta Bertasbih" Spesial Ramadhan @Bintang 141. Ah Mas Azam, Mas Furqan & Ustaz Ilyas! Ngeeee! Suka cerita ni! Cuma ketinggalan 9 episode yang pertama :-(







**Malam ini berterawih 8 Rakaat di rumah saja**

1 comment:

ZanaNordin said...

meriah lauk2 buka and sahur kak tie....zana time buka x lalu nak makan apa....makan rasa tak sedap jer....last2 buka ngan air & kuih jer lah...

time sahur jer lah paksa makan nasi....