Thursday, August 11, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-15

08082011 - 14082011

Bayi : Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Ibu : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Pagi tadi T pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Baru Nurse berpuas hati apabila ketika berat T ditimbang, sudah naik sekilo. Sejak pertama kali T berkunjung ke klinik untuk check-up iaitu pada 15062011, baru hari ini berat badan T naik. Ye, T seberat 84kg hari ini! T berada di dalam keadaan yang sihat. Sudah tidak berasa mual dan muntah-muntah. Dapat juga berpuasa Setakat ini tiada Darah Tinggi ataupun Kencing Manis. Alhamdulillah. Harap-harap semuanya dipermudahkan sepanjang proses kehamilan T yang ke tiga ini. Amin.

No comments: