Monday, August 15, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-16

15082011 - 21082011

Bayi : Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Ibu : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda adalah tidak terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Alhamdulillah. T berasa sihat dan tidak punyai apa-apa masalah kesihatan. Cuma berasa sedikit letih. Mana taknya, weekend lepas dok berjalan ke KL. Harap-harap T akan merasa lebih sihat di sepanjang proses kehamilan ini. Insya Allah, Amin.

1 comment:

EdaManAli said...

4 bln dh xdop alahan kan k.T...msti xsabar nk tggu 40th week dop...

agak2 girl ke boy ni?

Take good care of urself ye k.T...kalo letih, byk2 rest...