Friday, August 05, 2011

5 RAMADAN

Assalamualaikum... Memandangkan semalam Mr. Hubby bilang T rajin memasak, hari ini mood memasak sudah lari. Ya Ampun Abang! Sebab T malas nak ke kedai membeli lauk, maka cuma ini yang boleh T masak. Ada seekor Ikan Tilapia di dalam ice box makanya T teringat nak makan Ikan Tilapia 3 Rasa. Tapi kalau tengok gambar ikan, banyak rasanya tu ye? Hehe... Lauk-lauk lain, Mr. Hubby beli di Pasar Ramadan Temerloh Jaya. Syukur Alhamdulillah. ** Malam ini dapat bersolat Terawih di Masjid Abu Bakar, Temerloh. Alhamdulillah. Baby telah memberikan kerjasama yang baik kepada Umminya untuk berterawih lagi malam ini. Er, Tahajjud Cinta apa cerita ye?**

1 comment:

Shieda said...

huishhh!! rajin dier....mesti best!! semangat anak2 nak pose.