Monday, August 01, 2011

PERTAMA RAMADAN

Assalamualaikum... Bersahur pagi tadi T masak Sup Ayam & Telur Dadar, panaskan Rendang Tok jugak ada Serunding Daging yang diposkan oleh my BIL. Alhamdulillah. Dan aktiviti hari ini ialah dok pulun study majalah-majalah masakan. Buntu tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Keputusan sudah dibuat maka menu hari ini ialah Kari Ikan Bawal, Paprik Ayam & jugak Ikan Tenggiri Rempah Goreng. Itu saja yang termampu T sediakan. Adib pula belikan Ayam Pusing balik dari kelas Q-Fa tadi. Abahnya pula belikan Popia Basah & Buah Kurma di Pasar Ramadan. T dah warning jangan beli lauk lain dah coz Hubby kalau dah ke Param, memang akan membeli itu ini! Air pulak T buat Air Sunquik saja. Alhamdulillah. Boleh berpuasa seperti biasa biarpun tengah ada "isi" di dalam. Harap-harap genap puasa sebulan ye baby? Dan malam ni, T bertarawih di rumah saja. Headache sejak petang tadi. Nur sampai merajuk coz tak pergi bersolat di masjid seperti malam tadi. Ah anak dara Ummi ni! Em, okeylah ye? Jumpa kamu lagi. Sehingga itu, aku Love, Love, Love You!




4 comments:

NiezaMan said...

Asslam Ti

byk la tu Ti masak..ok sgt2 dah tu
sedap je akak tengok

MamaYatie said...

bulan pose suka jenguk blog tie..cari idea nak masak apa..opsss...nak beli lauk apa..hahahaa

MamaYatie said...

bulan pose suka jenguk blog tie..cari idea nak masak apa..opsss...nak beli lauk apa..hahahaa

atty's said...

tgh cari idea gak utk menu2 bulan ramadhan ni..
mmg tak pergi param..kecuali along je perig ..itu pun weekend