Monday, September 05, 2011

26 RAMADAN

Assalamualaikum... Dah lama tak update blog. Malaslah tu coz pas beraya mood nak blogging pun ala-ala gitu. Baru teringat nak sambung blogging hari ni. Ni cerita 260811, 26 Ramadan. Sebelum balik ke Kuala Krau, kami singgah di Kedai Kek Kak Yah. Beli Kuih Raya dan kemudian ke Pasar Ramadan Temerloh. Baru 1st time jejakkan kaki ke sini sejak mula berpuasa tahun ni. Yang special T cari ialah Ikan Tilapia Bakar Berempah jugak Ikan Patin Bakar Tempoyak. Kami kemudian balik berbuka di Kuala Krau bersama Ma, Abah dan adik bongsu T. Sebelah malam kami berterawih di Masjid Kuala Krau. Alhamdulillah.




No comments: