27 RAMADAN

Assalamualaikum... Untuk bersahur, Ma masakkan Nasi Lemak. Sangat-sangat sedap dan juadah untuk berbuka kami cari di Pasar Ramadan di Jerantut. Paling istimewa T dapat beli semangkuk Gulai Asam Rom Ikan Kenerak. Tinggal semangkuk itu aje yang Makcik tu ambil di dalam periuk besar tu. Memang dah rezeki T. Memang niat nak merasa gulai ni sejak lama dulu tersiar di dalam Majalah 3. Memang sedap! Kalau nak tahu rasanya lagi sedap dari Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Semangkuk tu biasa dia kata jual RM17 tapi untuk T dia bagi RM10 saja. Abang pulak beli Ikan Bakar yang panjang dan besar tu. Dah lupa apa namanya. Sedap rasa isi ikannya. Ikan laut. RM25 seekor. Sos pencicahnya juga sedap. Kat kedai Ikan Bakar tu digantung artikel-artikel yang diletakkan di dalam frame berkenaan kesedapan Ikan Bakar mereka. Patutlah dapat sambutan coz rasa ikannya sangat sedap. Kemudian kami singgah di Pasar Raya TF. Cari barang sikit dan balik berbuka di Kuala Krau. Alhamdulillah.





Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang