29 RAMADAN

Assalamualaikum...

29082011

Pagi-pagi lagi, T bersama Emak Mertua, adik ipar dan biras ke Pasar Pasir Puteh untuk membeli barang-barang dapur, lauk basah untuk juadah di hari raya. Alhamdulillah, selesai urusan dan tidak terperangkap di dalam jem teruk di bandar Pasir Puteh. Sekembalinya di rumah, terus ke dapur menyiapkan apa-apa yang perlu untuk juadah berbuka puasa nanti.



Sebelah petang kami ke Tesco dan Pasar Ramadan di Stadium Kota Bharu. Dapat jugak mencari lauk-pauk, kuih-muih kegemaran. Nasib baik tak jem teruk dan kereta nak parking pun mudah dapat. Sedang molek sampai di rumah mertua sejam sebelum berbuka puasa. Alhamdulillah.



Ayam Percik Yati.. Sedap!




Murtabak Di Raja. Sekeping RM14. Tebal dan sangat sedap rasanya.




Salad Mangga Muda + Betik aka Somtam. Ini Somtam Special. Yummy~!



Berbuka beramai-ramai. Seronok! Ramadan Terakhir. Alhamdulillah. Dapat berpuasa penuh tahun ini.




Sebelah malam buat bbq pulak...





Ayam Perap dan Sosej... Alhamdulillah...



Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang