Tuesday, September 06, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-18

29082011 - 04092011

Bayi : Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Ibu : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya.

Sumber : MAJALAH PA & MA, FEBRUARI 2005

No comments: