Monday, September 12, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-20

12092011- 18092011 Bayi : Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Ibu : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng. Minggu lepas berat T bertambah sekilo lagi. Menjadikan berat T sekarang adalah 85kg. Naik sekilo sejak sebulan yang lepas. Nurse puji kata perut T cantik, juga katanya perut T membesar sejajar dengan usia kandungan yang mencecah 19 minggu. Alhamdulillah. T sihat tak ada sakit apa. Cuma dua, tiga hari ni asyik tertidur. Nak kata penat, bukan buat kerja berat pun. Dah rasa kadang baby bergerak dan perut merasa kejang seketika. Nurse check dia kata baby tak duduk diam. Ish! Anak Ummi ni!

No comments: