Thursday, September 22, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke 21


** Masa T pregnantkan Adib dan Nur, T minum susu Anmum. Tu yang berat naik sampai 20kg ++ every pregnancy. Mengandung kali ini T tak minum susu Anmum pun. Berat pun baru naik 6kg saja setakat mengandung ni. Dulu-dulu bila dah beli susu, isikan borangnya untuk tebus barang-barang Anmum seperti baju di atas, frame gambar dan pelbagai lagi signature Anmum. Balik ke Kuala Krau baru-baru ni T terjumpa baju ni. Adib dan Nur pakai ketika mereka kecil dahulu. T ada banyak koleksi baju ini tetapi cuma ini yang tinggal. Yang lain mungkin kotor dan ada juga T berikan kepada orang lain. Baju anak-anak ketika baby semua dah tiada. Sudah disedekahkan kepada anak orang lain. So, baby dalam perut nanti, tunggu Abah dan Ummi belikan baju baru okey. But not now sayang, masih terlalu awal lagi. Tapi yang pasti, Ummi tak sabar-sabar menantikan detik dan waktu Ummi dok memilih barang-barang baby nanti tau! Tak sabar! **

19092011 - 25092011


Bayi : Si kecil kini sebesar sebiji pisang yang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Ibu : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Emm.. Kena control makanlah nampak gayanya sekarang ni iye? Mampukah aku? Ceh! Bersoal-jawab pulak iye dia?! :-p

1 comment:

wati said...

Salam T,

congrats...dah 21minggu ye,jaga kesihatan n semoga selamat semuanya,amin.