Tuesday, September 06, 2011

HIDUP BIAR SEDAP!

Assalamualaikum...

Kalau makan nak yang sedap-sedap saja... Tak gitu? Tapi kalau berat badan naik mencanak-canak, jangan salahkan penimbang berat tu pulak okey? Tak dapek nak nolong dah! Jadi fikir dulu sebelum makan... Ces! Pepandai lak nak bagi nasihat kat orang... Kalau dia, semua makanan dia balun. Tapi bab nak nasihatkan orang, mandai-mandai jekan nak bagi nasihat? Hehe...

30082011

Sambung bbq malam tadi... Ada Ayam Perap, Sotong dan jugak Udang.



31082011

Biras T gorengkan Mee dan Nasi. Buat mengalas perut sebelum kami pergi open house rumah saudara di Kota Bharu. Air pulak T minum Air Nescafe Panas. Alhamdulillah.



Open house di Kota Bharu. T makan Soto Ayam, Nasi Himpit bersama Kuah Kacang dan Satey, Kek Batik, Biskut Makmur dan Air Masak. Makan sampai kenyang. Sedap amat! Alhamdulillah.




Balik dari open house, rilex baring-baring sat dan ke dapur membantu Emak Mertua bikin Laksa Lemak. Hujan lebat sepanjang petang ini. Kami semua dok lepak di rumah saja. Tidak berjalan ke mana-mana pun seperti hari semalam. T makan Laksa Lemak bersama Air Masak. Alhamdulillah.





01092011

Pagi ini Emak Mertua buatkan Nasi Kerabu. Sebahagian proses telah dilakukan semalam. Tu nasi di dalam pinggan kuning tu, T yang makan okey? Bubuh ulam tu banyak-banyak. Sedap! Dibalas pula bersama semug air Teh 'O' Panas. Alhamdulillah.




Singgah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Kami dah bertolak balik ke rumah hari ni. Singgah makan Nasi Kukus di sini. Sedap! Nasib baik kami sampai awal dan order terlebih dahulu. Selepas kami dapat 7 pinggan Set Nasi Kukus ni, orang dok beratur panjang. Ada yang tak sempat pun nak makan Nasi Kukus. Kena menunggu Ayam Rempah digoreng dahulu. Huh! Nasib badan! Bertolak dari Pasir Puteh pukul 10.30 pagi dan sampai di Temerloh pada pukul 5.30 petang. Kami ikut hiway Bukit Besi yang baru dibuka. Perjalanan lancar tanpa jem. Alhamdulillah. Selamat sampai di rumah. Home sweet home!




02092011

Hari ini kami balik ke Kuala Krau. Ma masakkan lauk yang T idam-idamkan. Puyuh Masak Lemak Cili Api. Hari tu ada tengok di dalam Majalah 3. Wah! Sedap tu dibalas bersama Puyuh Goreng Berempah, Rendang Daging, Ikan Goreng, Ikan Singgang, Buah Kerdas dan Budu Sedap. Memanglah sedap pun! Tapi mak sedar diri okey? Makan tak bertambah pun. Mak banyakkan minum air mineral saja. Kenyang Alhamdulillah.




Untuk minum petang, Ma buatkan Cekodok Durian. Diminum bersama Air Teh Panas yang dibikin oleh adik ipar T, Ila. Sedap makan Cekodok tu panas-panas. Alhamdulillah.




Ada tetamu datang bertandang sebelah malam di rumah Ma. Isteri Tok Empat bersama anak perempuannya. Tok Empat pulak tak dapat nak datang. Adik bongsu gorengkan Mee Kuning. Makan Mee Goreng for dinner tonight. Fuh! Cakap omputeh lak... Berbelit lak lidah dibuatnya... Lalalala... Ngeeeeeeee




03092011


Pukul 7.00 pagi lagi Abah dah keluar rumah belikan Nasi Berlauk di kedai makan Kak Ani di Kuala Krau. Err... T makan 2 bungkus Nasi Berlauk ni. Tapi berselang 3 jamlah... Bukan sekali hadap. Dibalas bersama Air Teh 'O' Panas. Adib pulak boleh makan 4 bungkus tu! 3 kali makan. Uish! Adib! Minat betul dia dengan Nasi Berlauk ni! Hari ni kami tak pergi beraya ke mana pun. Duduk di rumah saja. Dok tengok-tengokkan Adib dan Nur buat homework mereka. Homework banyak okey? So, lupakanlah nak berjalan-jalan raya. Siapkan homework tu lagi penting ye anak-anak?




Dalam pukul 2.30 petang gitu, ada tetamu datang beraya. Saudara-mara belah Abah dari Kg. Gong Holt datang bertandang ke rumah. Goreng Keoy Teow buat tetamu. Dah lama tak berjumpa kakak-kakak ni. Alhamdulillah. Dapat juga bertemu walau sekejap di hari raya nan mulia ini. Masa nilah nak berjumpa sanak-saudarakan? Masa lain tu agak tak sempat dibuatnya. Masing-masing dengan hal masing-masing. Begitulah...



Untuk dinner, Ma masakkan Nasi Lemak. Dibalas bersama Air Teh 'O' Panas. Alhamdulillah.




04092011


Okey, pagi ini Ma buatkan Nasi Berlauk Ikan Tongkol. T buatkan Roti Bakar yang disapu Jem Strawberry from Cameron Highlands. Air pulak Nescafe 'O' Panas.




05092011

Malam tadi adik T datang ke rumah. Oleh sebab T belum beli lauk dan barang dapur selepas balik dari bercuti raya ni, T cuma gorengkan Puyuh Berempah saja. Beli Burung Puyuh dengan jiran Ma. Lembut isi Burung Puyuh ni. Sedap rasa dagingnya. T gorengkan Ikan Kering Plata. Ada Budu. Hubby belikan Sup Tulang. Hubby cakap itu saja Sup Tulang yang tinggal. Orang ramai dok beli sebab malam ni Pasar Malam di kawasan perumahan T. Hubby belikan juga Air
Kelapa Shake dan T buatkan Air Sunquick. Selepas makan, adik T pun pulang ke rumahnya di Batang Kali.





06092011


Pagi tadi keluar bersarapan dengan Hubby di Restoran Saniah dekat Pejabat Perkeso. First time makan di sini. T makan Nasi Lemak bersama Rendang Ayam dan Air Milo Panas. Alhamdulillah.




2 comments:

MindHeartBodySoul said...

Salam T,

Wow.
Skirting biru meja, dah taraf org makan berdamai / makan beradap.

Saprah batik maroon, ni I loike. Very clasical. Sepanjang zaman evergreen

Last skali photo no nam... huhu tinggi nya nasi. pakai acuan apa ni? Tupperware isi garam kew? Sebijik macam tarbus rupabentuknya.

Anyway, Selamat Syawal. Semoga bahgia dunia akhirat. Alhamdulillah. Nikmat tidak terperi. Syukuri.

Cho Zila said...

hidup biar sedap... betoiler kalau raya memang makan sedap2 belaka.. isyh diet ni kelautler lagi nampaknya...