Wednesday, September 28, 2011

IMRAN ZEN


Assalamualaikum...

25092011

Dah siap dinner, borak-borak, gelak-gelak, layan bola bersama di Selayang, kami gerak ke rumah adik ipar di Subang Suria, tidur di situ.

Ini adalah sarapan kami di pagi Ahad. Nasi Lemak dan jugak Roti Canai. Makanan tipikal pilihan rakyat Malaysia. Kenyang. Alhamdulillah.




T bersama rombongan "Cik Kiah" ke Jalan TAR. Singgah membeli tudung di De Salma dan kemudian ke Sogo. Cari barang dapur sikit. Tak ada shopping-shopping ok. Cuci mata saja. Tengok orang lain kemaruk macam apa kat bahagian bawah tu mencari baju, pakaian dan hand bag. T dan suami turun ke bawah untuk mencari sedikit barang runcit. Siap cari barang, kami terus ke UKM, Bangi. Hari Konvo anak saudara Mr. Hubby, Imran Zen. Mendapat Ijazah di dalam pengajian Sains Politik. Tahniah Im!




Anak-anak di Jalan TAR





Selepas makan tengahari di Kafe UKM.




Kami sekeluarga yang berbangga dengan kejayaanmu Im! Kami semua sanggup "turun" dari jauh hendak meraikanmu!







Usai majlis, kami pulang ke Selayang semula.




Dinner di Selayang dahulu sebelum gerak pulang ke Temerloh. Biarpun penat, tetapi kami tidak hiraukan. Yang penting dapat berkumpul bersama keluarga. Walau masa sesingkat cuma. Cukuplah saat bersua muka. Bila lagi kita nak berkumpul lagi ye?




Terima Kasih yang tidak terhingga buat family di Selayang. Riuh-rendah, kecoh, hingar-bingar rumah kamu diperlakukan kami sesuka hati... Haha! Gelak macam orang jahat tu... Hehe... Tq banyak-banyak... Sayang korang semua ah! Muah pelok cium dari orang yang dok kat Temerloh ni! Sayang korang ketat-ketat! Sampai korang susah nak bernapas! Haish!

No comments: