Tuesday, September 20, 2011

KENDURI KAHWIN -VS- OPEN HOUSE

Assalamualaikum...


17092011


Dari Kuantan, kami ke rumah kawan Hubby di sekitar kawasan perumahan kami. Sempat bergambar bersama-sama dengan mempelai dan kawan Hubby. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Bahagia untuk selamanya. Amin.




Sedap nasi lauk kenduri. Alhamdulillah.



Kami kemudiannya ke rumah kawan Hubby. Open House Hari Raya. T makan Nasi Dagang sikit dan jugak Air Oren Sunquick. Dah kenyang sangat dah. Tak mahu makan banyak-banyak.





Yang berambut panjang berbaju melayu hitam tu, Ebby Saiful. Pelakon penyanyi terkenal zaman 80'an dulu. Yang berbaju kurung hitam itu adalah isteri beliau. Dia adalah kawan kepada tuan punya rumah. Tengah dok busy memasak Rendang Ayam masa ni.





Sempat mengambil gambar bersama Ebby Saiful. Cool orangnya. Teringat aksi lakonannya di dalam filem Marah-Marah Sayang dan Ali Setan.




18092011


Untuk tengahari, T cuma masak nasi, goreng Puyuh Berempah dan juga Sambal Buah Mangga Muda. Untuk minum petang T masak Spageti Bolognese. Alhamdulillah. Duduk di rumah saja sepanjang hari ini. Penat dah berjalan jauh.





Jumpa kamu lagi nanti!


Love You!

No comments: