Saturday, September 10, 2011

LEMANG -VS- PENGANTIN

Assalamualaikum...

08092011

Balik dari Klinik Kesihatan Simpang Songsang, T singgah beli makanan for breakfast. Saja tanya di kedai makan dekat area rumah T, ada tak bakar Lemang. Biasa dia bakar Lemang untuk jamuan hari raya. Nasib baik ada tinggal lagi sebatang. Terus T kata nak beli. Beli jugak Rendang Daging. 10 Syawal baru berjumpa Lemang. Rendang Daging dah jumpa masa balik di rumah Ma di Kuala Krau minggu lepas. Sebab beraya di Kelantan, so lambat sikit baru boleh merasa Lemang. Lemang tu dijual RM8 sebatang. Rendang Daging pulak T beli RM6. Alhamdulillah.




Nasi Lemak + Mee Goreng + Telur Mata Kerbau for breakfast. Cuma RM2 saja harganya. Alhamdulillah.


09092011

Hari ni kawan sekolah T dulu datang beraya. T cuma buatkan Air Teh dan Rebus Kuih Pau Kacang. Ada jugak sedikit kuih-muih. Leka berborak sampai lupa nak mengambil gambar. Yus, lain kali datanglah lagi ye? Jangan rasa serik datang rumah aku tau! Boleh kita sambung borak-borak lagi ye? :-D



Masa Hubby nak g beli lauk for lunch, dia pergi dekat kedai yang T beli Lemang semalam. Tak ada masak-masak lauk for lunch. Tokey kedai just bagi Rendang Ayam, Rendang Daging dan Lemang ni kepada Hubby. Wah! Rezeki ni. Kalau semalam T beli, hari ni dapat free! Terima Kasih Kak Yah!


10092011

Cerita hari ini. Kami keluar breakfast makan Roti Canai Banjir. Hubby dan Adib menambah lagi Roti Canai Kosong pulak seorang sekeping. Manakala Ummi Adib dengan jayanya dok menambah makan Nasi Lemak pulak. Hehe... Tapi kongsi ngan Nur jugak tau. Bukan makan sorang-sorang. Sambal Ikan Bilis dia sedap.



Lepas makan, singgah ke bengkel kawan Hubby. Hubby nak berikan majalah-majalah kereta untuk kawannya. Singgah kedai jahit nak repair kaki seluar jeans anak-anak. Kemudian ke Kedai Cat di Taman Sri Kemuning. En. Suami mahu mengecat rumah. Iyolah dalam cuaca mendung begini hari ini, kan?

Balik rumah, sempat T tidur. Rasa sangat mengantuk. Penangan makan Nasi Lemak tadi kot. Nak-nak pulak cuaca yang redup dan sejuk lantaran hujan lebat petang semalam. Dapatlah dalam sejam gitu. Bangun tidur terus bersiap nak ke kenduri kahwin anak saudara kawan Hubby di Taman Bahagia.



Me. Today.


Nasi dan lauk-pauk sedap. Alhamdulillah.



Sempat bergambar dengan pengantin baru. Anak saudara kawan Hubby adalah yang perempuan tu. Selamat Pengantin Baru. Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat. Amin.



Belah petang, Hubby dengan projek mengecatnya. Nasib baik cuaca bertukar panas dan tidak hujan lagi. Isteri dia pulak sambung tidur. Tak tahu kenapa. Hari ini terasa sangat penat. Pukul 6.00 petang baru bangun untuk menyediakan makan malam.



Menu malam ini. Puyuh Masak Lemak Cili Api. Ikan Gelama Masin. Sambal Belacan. Air Masak Beyond Zhulian. Kami semua makan bertambah. Alhamdulillah. Kenyang.



Cukup sampai di sini saja.

Sayang sama kamu!

Night-Night

No comments: