NASI DAGANG MY MOM!



Assalamualaikum...


Pagi ni Ma datang ke rumah. Ma buatkan Nasi Dagang menggunakan Beras Nasi Dagang yang dibelinya di Kelantan baru-baru ini. Makan bersama salah seorang staff Mr. Hubby. Dia tumpangkan Ma datang ke rumah T. Terima Kasih Kak Anis ye?


T buatkan Puding Roti dan jugak Air Teh 'O'. Alhamdulillah. Kenyang makan pagi ni. Terima Kasih Ma buatkan Nasi Dagang yang T idam-idamkan ni! Sayang Ma tau! Sayang banyak-banyak! Sayang ketat-ketat sama kamu!




Acara makan-makan sedang berlangsung...




Untuk tengahari T masak Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng Berempah, Ikan Pelata Masin, Sambal Tempoyak dan jugak T sediakan budu. Minum Air Masak Beyond Zhulian sahaja. Alhamdulillah.





** nota betis **

~ cukuplah mengupdate blog untuk hari ini. cukup tu sebab dah tak ada gambar. dah tak ada cerita lagi. apa-apa nanti, t update kemudian saja ye? mata sudah mengantok ini. mari kita masuk tidur dulu, yuk! ~


Night, Night. Love You!

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang