Monday, September 12, 2011

PUASA 6 - 1

Assalamualaikum... Minggu lepas kononnya masih di dalam mood raya. Minggu ni baru tergedik-gedik nak start Puasa 6. Alhamdulillah, walau tak bangun sahur tadi, tapi larat berpuasa hingga kedengaran Azan Maghrib. Untuk menu berbuka, T masak simple saja. Kari Ayam, Ikan Talapia Goreng Berempah, Ikan Kering Plata Goreng, Air Sirap dan Air Sunquick. Makan tiga beranak saja coz Hubby ada kerja di KL hari ni. Petang tadi dia ada call dan tanya nak makan apa. T order Tuna Croissant manakala untuk anak-anak pula chicken Sandwich dan cheese Donuts di DD. Yummy. Kenyang Alhamdulillah. Malam ni hujan renyai-renyai. Lepas tengok Pretty Little Liars @8TV karang, baru T masok tidor. Till then, jumpa kamu nanti ye? Night, Night! Sweet dreams ya?

No comments: