SALAM AIDILFITRI



Assalamualaikum...



Masih belum terlambat untuk T mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua ye? Kalau ada salah silap T selama kita kenal ni, T minta ampun maaf ye? Tidak berniat nak sakitkan hati sesiapa, cuma T sebagai manusia, biasa membuat kesilapan. Tanpa disedari atau pun tidak. Harap kalian sudi memaafkan. Terima Kasih. Tahun ini T beraya lagi di kampung suami. Sebab plan tahun depan nak beraya di Kuala Krau bersama semua adik-beradik T. Tahun ni giliran mereka di rumah mertua. So berjumpa di Kuala Krau tidak secara serentak. Tetapi Insya Allah. Tahun depan. 8 beradik bakal berkumpul di hari raya. Tak sabar!



Okey, itu cerita tahun depan. Kita cerita dulu tentang raya tahun ni ye? Kesemua adik-beradik suami berkumpul bersama. 8 beradik kesemuanya. Tapi tak cukup lengkap juga kerana ada anak-anak saudara yang tidak dapat bercuti bersama kerana bekerja dan belajar di luar negara. Ada dua orang adik ipar yang tidak dapat bersama di dalam gambar di bawah kerana giliran beraya di rumah mertua. Tapi yang penting, mereka pulang juga ke Bukit Abal untuk beraya bersama kami biarpun pada tengahari raya pertama juga pada hari raya ke tiga.



Gambar raya ada banyak. T uploadkan di Facebook. T cuma uploadkan sekeping dua saja di sini. Juadah di pagi raya kami ialah Nasi Daging, Gulai Kari Tulang, Ayam Goreng Berempah, Roti Jala, Ayam Masak Kuzi, Satey Daging dan Satey Ayam, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Pulut Manis aka Ketupat, Puding dan kuih-muih. Alhamdulillah.



Setelah makan ala kadar, kami bersolat sunat Hari Raya di Masjid sebelah rumah. Kemudian, kami bersiap-siap ke kubur untuk menziarahi pusara emak, nenek dan saudara-mara suami yang sudah meninggal dunia. Kiriman doa dan Al-Fatihah buat mereka. Amin.



Juadah kami sekeluarga di pagi raya






Gambar kami sekeluarga. Jumlah ahli keluarga kami yang sebenar jika dicampur bersama si kecil di dalam perut ini ialah 49 orang. Ha! Ramai tak? Bayangkan kami seramai di dalam gambar ini tidur bersesak-sesak di rumah Mertua aka Tok Ayah budak-budak tu semua. Cukup meriah! Kami saja yang tahu dan merasai kemeriahannya! Hiruk-pikuk yang membahagiakan. Tak ada yang lebih bahagia daripada dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga tersayangkan? Lagipun bukan selalu. Sesekali dapat berkumpul, alangkah seronoknya! Lagipun kami semua sekepala. Gila-gila! Itu yang best. Dok bergurau-senda, berbual apa saja, tak kira bersama ipar, biras mahupun dengan mertua! Hehe.. Semua steady dan understanding. Itu yang paling mahal, itu yang paling best!






Hari Raya Ke-3 sebahagian kami telah pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah. Telah selamat sampai di rumah masing-masing. Hari Raya Ke-4, T pulang ke kampung di Kuala Krau pula. Beraya bersama Ma, Abah dan 2 orang adik. Ini cara kami beraya, cara kamu bagaimana pula? Nanti T pusing blog dan Facebook kamu ye? Mahu tengok kemeriahan kamu menyambut hari raya. Mesti lagi meriah, itu sudah pastikan? Alhamdulillah. Kita berada di dalam lingkungan ahli keluarga yang menyayangi kita. Itulah yang utama. Lebih penting daripada harta yang bertimbun. Betul tak? Kasih sayang lebih mengatasi segala-galanya.



Sampai jumpa lagi. Sudah lama aku tidak bilang, love, love, love sama kamu!



Love You!

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang