Tuesday, September 20, 2011

SINGGAH INAP -1-

Assalamualaikum...

15092011

Kuih Koci ni Ma T yang buatkan. Untuk dimakan di homestay di Dungun. Mak Saudara T yang teringin sangat nak makan. T makan kat rumah lagi. Makan panas-panas baru ada ummmph! Hehe...




Bertolak ke Dungun pada pukul 5 petang selepas settle Solat Asar. Sampai di Pantai Teluk Lipat, Dungun pada pukul 9 malam. Singgah makan malamlah dulu. Rombongan pengantin lelaki pun dah ke rumah pengantin perempuan. Sedap rasa makanan di sini. Tukang masak dari Narathiwat katanya. Servis pun cepat. Kenyang makan, Alhamdulillah. Sedang molek kami dok cari homestay ni, mereka pun sampai sama.




Bergambar dahulu bersama sepupu dan ibu bapanya. Tahniah Nan! Sudah sah bergelar suami kepada Liza malam ini.




Homestay ini ada 4 bilik. Emak dan Ayah Saudara T menyewa di sebelah homestay kami. Mereka pun ada 4 bilik juga. Design bilik yang sama. Dipisahkan dengan sebuah pintu di tengah saja. So kami bukaklah pintu tengah tu untuk kesenangan bergerak. Bilik utama ni bilik tidur kami. Ada dua katil yang besar.




Bilik ke dua. Ada dua katil bujang.




Bilik yang ke tiga. Bilik yang ke empat dia buat stor simpan barang. Kecik aje bilik yang ke empat tu.




Kawasan dapur pun luas. Ada meja makan, peti ais, dapur gas, pinggan, mug, mesin basuh. Memang selesa tinggal di sini. Nak memasak tak ada hal punya. Tuan rumah pun baik orangnya.




Ruang tamunya. Pintu dekat kerusi biru tu untuk ke homestay yang disewa oleh Emak dan Ayah Saudara T.






Jamah sikit Pulut Kuning, Kuah Ikan Aya dan Akok yang sangat sedap. Diberi oleh Besan Emak Saudara T. Berbual sekejap dan dalam pukul 1 pagi, kami masuk tidur.



No comments: