Tuesday, September 20, 2011

SINGGAH INAP -2-


Assalamualaikum...

16092011

Pagi-pagi kita keluar jalan-jalan di tepi pantai yang terletak berhampiran homestay ni ye abang kakak? Pantai ada di seberang jalan homestay ini saja. T letakkan sekali no telefon di sini jika ada kalian yang berminat untuk menginap di sini.




Dok ambik gambar saja di kawasan pantai. Tak mandi. Ombak kuat. Lagi pun ada terletak larangan untuk mandi di kawasan pantai ini. Tahun lepas kami pun ada ke mari. Tapi masa tu kami menginap di Mayang Sari Resort. Masa tu nak menghantar anak saudara Hubby ke Politeknik Dungun. Ha! Kalau nak tahu, homestay ni terletak berdekatan dengan Mayang Sari Resort inilah.




Untuk bersarapan, kami dijemput ke rumah sepupu lelaki T di sini. Rumahnya berdekatan dengan kawasan homestay. Dia ada mengajak kami tidur di rumahnya, tapi kami jawab tak apa sebab kami dah ambik homestay. Lagi pun kami tak mahu menyusahkan sesiapa. Isteri sepupu sediakan Mee Hoon Goreng. Lagi ada Nasi Dagang, Nasi Berlauk dan Keropok Goreng. Kenyang kami dok makan. Alhamdulillah.




Mr. Hubby tengok dok relax baca paper selepas makan di ruang tamu.




Nur bersama sepupu dan Tok Saudaranya.




Posing dengan motor sepupu. Nak naek tak berapa berani. So tumpang posing sajalah iye? Hehe...




Adib dan sepupunya, Afiq dibawa menaiki motor oleh sepupu T. Adib komen, "terbaek"! Seronok sangat mereka...




Nak-nak pulak anak dara T ni. Nur pun excited sama naek motor. Saja nak buat Ummi dia jeleslah tu! :-p





Duduk berbual seketika selepas dok jolok Buah Mangga Muda di kawasan rumah sepupu, kami pun pulang ke homestay. Selepas kaum lelaki selesai bersolat Jumaat, kami pun bergerak untuk ke rumah pengantin perempuan untuk majlis bersanding pula. Cerita next entry ye. Jumpa kamu lagi!

No comments: