40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-24

12102011 - 18102011

Bayi : Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Ibu : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis pada minggu ini.

T sihat Alhamdulillah. Baby makin aktif bergerak. Menendang-nendang. Kalau dia diam, T tegur tanya dia tengah buat apa, sepantas kilat dia tendang T. Nak jawab dia ada tu. Hehe.. Anak Ummi.. Tak sabar Ummi nak tunggu kamu lahir baby!

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang