Thursday, October 20, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-25

19102011 - 25102011

Bayi : Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Ibu : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Sumber : Majalah Pa & Ma, Februari 2005

T sihat alhamdulillah. Cuma dua tiga hari ni, tekak terasa kering sangat dan sering tersedak, terjelik lantas terbatuk-batuk. Sakit nak telan air liur. Emmm, kurang minum air masak ni kot! Baby pulak aktif bergerak. Barang baby satu apa pun belum dibeli lagi. Nanti-nantilah tu. Tunggu time mega sale ke. Dapat harga murah sikit. Mana yang kita boleh jimat, kita jimat. Kan B? Kan baby?

3 comments:

Cho Zila said...

T.. thanks singgah blog akak.. baru nak xtif balik blogni... nanti kita kunjung mengunjung ok,,, tahniahler T akakkan kalau nak start kuruskan badan selalu termengandung der kaitanker T sebabkan T dulupun tengah usaha keras dietkan...

azrinna said...

TQ atas info. Selamat menjadi ibu.

Big Mamma Bukhari said...

tq azrinna.. tqvm! :-D