SABTU KAMI

Assalamualaikum... 01/10/2011 Kami bersarapan di Restoran Temerloh Tomyam. Berhadapan Am Bank yang terletak di Flat PKNP. Kami order Nasi Lemak dan juga Roti Canai Banjir. Alhamdulillah. Kenyang kami sekeluarga dok makan. Sudah makan T ajak Mr. Hubby ke Shamensi. Cari tudung untuk Nur. Dia beria nak pakai tudung ala Yuna @ Hana Tajima. T pun suka tengok anak-anak gadis sekarang dok pakai tudung jenis gini. Sweet sangat-sangat tau! T nak pakai tapi takut tak sesuai dengan muka T yang bulat dan berpipi tembam ni. Over tau! Mak maluuuu! Ngeeee... Siap membeli tudung, kami ke Plaza Temerloh. Nama je gah "Plaza Temerloh" tapi yang ada hanyalah Pejabat MPT dan cuma 2-3 kedai yang beroperasi. Sekitar tahun 1997-1998 dulu semua kedai dibuka dan ramai orang yang datang berkunjung. Tetapi keadaan amat menyedihkan sekarang. Agaknya bisnes tak boleh berkembang di sini aka sewa yang mahal agaknya. Tujuan T kalau ke sini tak lain tak bukan nak pergi ke Tailor Sayang. Nak jahit blouse dan baju kurung Nur. Siap dalam masa seminggu ni. T jadi pelanggan kedai ni sejak tahun 1997. Memang sedap memakai hasil jahitannya. Untuk lunch merangkap minum petang, Mr. Hubby nak makan Fettuccine Carbonara. So T masak sajalah memandangkan bahan-bahannya sudah ada di rumah. Untuk dinner pula, kami ke Restoran Rizki Tomyam di Mentakab. Order lauk yang simple sahaja. Ikan Siakap Black Pepper, Tomyam Campur, Sayur Campur dan Telur Dadar. Makan dalam keadaan hujan lebat yang tengah turun membasahi bumi. So order Air Masak Suam saja. Alhamdulillah. Ini cerita Sabtu kami. Sabtu kamu? Mesti lagi meriah dan happenning! Kan? Ha! Dah agak pun! :-D.







Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang