Saturday, October 15, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU WAN & AMIN

Assalamualaikum...

Hari ni kami menghadiri undangan majlis perkahwinan kawan T, Wan Azniza bersama pasangannya Mohd Amin di Dewan Serbaguna Taman Seri Semantan. Tahniah buat kedua mempelai. Kak T doakan jodoh kalian akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga Allah S.W.T memberkati hidup kalian berdua. Amin Ya Rabbal Alamin. Terima Kasih ye Wan, sudi menjemput kami meraikan hari bersejarah kamu! Berseri-seri kamu tadi. Cantik dan manis sekali. Jaga cik abang baik-baik ye? :-D



Preggy mommy tengah dok tayang hadiah. Cari hadiah di The Store Temerloh tadi sebelum ke sini. Harap Wan suka ye hadiah yang Kak T beri?



Baru sampai di dewan




Gulai Ikan Talang Masin dia sedap. Bubur Kacang panas-panas. Alhamdulillah.



No comments: