Friday, October 14, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU YANA & ZUL


Assalamualaikum...

08102011

Kami bersarapan di Temerloh sebelum ke Kuantan. Makan pagi di gerai Mok Nab di Taman Seri Semantan, berhadapan Dewan Orang Ramai. Sampai di Kuantan, kami ke East Coast Mall. Cari hadiah buat pengantin baru, Yana dan Zul.



Dalam pukul 1 tengahari kami sampai di Dewan Makmur Ar-Rahman di Perumahan Kastam Sultan Hj Ahmad Shah, Bukit Pelindung. Berselera kami dok makan. Nasi dan lauk-pauk kenduri semuanya sedap-sedap belaka.




Pengantin baru tiba selepas waktu Zohor. I malu nak naik atas pelamin. Biarlah mereka bergambar bersama ahli keluarga saja. Dapat di hadapan pelamin ni pun cukuplah. Oh by the way, Yana ni adik angkat T. Sama-sama belajar dengan adik T di UITM Jengka dan UITM Segamat. Insya Allah, 24102011 ni mereka sama-sama akan berkonvo menerima Ijazah di UITM Shah Alam. Tahniah buat Yana, Asmidar dan kawan-kawan seangkatan dengan mereka ye?





Bersama Ungku Nafeesah. Salah seorang kawan adik T.




Sempat bergambar dengan pengantin di meja makan ni. Tapi guna camera dia aje. Nanti kalau ada T upload kemudian ye? Buat Yana dan Zul, Selamat Pengantin Baru. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke akhir hayat. Diberkati Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin. (gugur air mata tatkala mendengar bacaan doa selamat oleh ayah pengantin lelaki. sebak wei. dengar suaranya yang sebak dan mendayu. oh sungguhlah sedih. terasa sayu dan air mata mengalir tanpa disangka. dada ketat dan lemas. tanda kasih sayangnya kepada anak dan menantu)




Nur pun sama dan sign buku ucapan tetamu.






Makan Cendol dulu. Cuaca tengah panas. So layan Cendol di ketika ini amatlah bersesuaian sekali ye? Kemudian kami terus bersolat jamak di surau bersebelahan dewan. Sudah bersolat, kami gerak pula ke Tg. Lumpur. Buat apa di Tg. Lumpur? T sambung cerita next entry.



No comments: