Thursday, November 03, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-27

02112011 - 08112011

Bayi : Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan "vernix caseosa.

Ibu : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kencing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Sumber : Majalah Pa & Ma. Februari 2005.

Tadi pergi check up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Pengalaman terok yang dialami sepanjang buat sejarah check up di klinik ketika mengandung. Mula-mula masa aku tanya nurse pasal nak minum air gula tak coz aku puasa tak makan apa lagi. Dalam buku memang tulis kena repeat minum air gula masa 28 weeks. Tapi aku pikir kena buat today coz minggu depan nak kena datang lagi. Nurse cakap minum air gula next week jugak. Aku pun cakap ok. Kemudian masa nak timbang berat badan. Berat naek 3kg dalam masa sebulan. Masih boleh bersabar sebab itu kesalahan aku. Tak jaga makan. Off coursela kena tegur. Tak naek pun kena tegur, naek apatah lagi. Pas tu dia suruh aku g lab untuk ambik urine. Aku tanya "tak ambik darah ke?". Dia bilang tak perlu. Otw nak ke lab, nurse panggil aku, "Puan, kena ambik darah"! Hok aloh! Pulok doh! Tunggu turn nak ambik darah pulak. Punyalah sakit masa nurse tu cucuk dan bila aku cakap "it's too hurt" lagi nurse tekan kuat tempat cucuk dengan kapas. Dia kata itulah caranya nak stopkan bleeding. "Macam bang**g je!" Tu aku cakap dalah hatilah. Dan terus aku blah tanpa ucap terima kasih. Biasanya aku tak lupa ucap terima kasih. Hish! Mula dah ni! Masa nak g toilet ambik urine, bukak penutup tandas. Ya Rabbi! Mangkuk tandas penuh darah. Aku jirus air di bahagian tempat duduk. Cuak woi! Sape punya kerja tak pam ni? Giler betolla! Pagi-pagi dah kena sumpah dengan aku! Dah siap ambik urine, nak pam, aku tengok dalam mangkok tandas. Nak pam bagi bersih coz kesian pada pengguna laen selepas itu. Cis! Nampak t**i 2 ketul! Macam s**l betolla! Sambil bagi botol berisi urine pada budak jaga lab, sambil basuh tangan aku, aku cakap "Dik, cleaner tak buat kerja ke?" Dia jawab, "Kotor ye kak?". "Siap ada t**i dik!". Air mata aku dah bergenang dah. Apa punya malang nasib aku arini. Dah dapat result darah dan urine, masok jumpa nurse lagi. Nurse tanya aku pulak, "nak minum air gula ke arini?" Aik? Tanya aku lagi? Tadi aku yang tanya pasal ni, dia pulak nak bangkitkan hal ni lagi! Then dia tanya nurse lain. Menang sah, next week kena datang lagi repeat minum air gula. Nurse yang attend aku ni laen-laen. Ada 4 org nurse yang attend aku tadi. Semua buat perangai. Sebelum ni okey aje. Next week kena jumpa doktor untuk scan jugak. Siaplah aku dok nunggu doktor nanti. Sebab sebelum-sebelum ni aku kena tunggu doktor dekat sejam even biasanya akulah orang yang mula-mula mendaftar di klinik. Dan masa doktor rawat aku cuma sekitar 5 ke 10 minit saja. Ooo seksa betol! Last sebelum balik, kena leter dengan nurse coz berat naek banyak. Dia cakap aku naek 3kg dalam masa seminggu. Aku cakap mananye dalam masa seminngu, dalam sebulanla nurse. Dia tanya berselera sangat ke masa makan? Aku malas nak jawab benda sama, aku jawab, "iyelah agaknya!" Bosan dok berulang tanya soalan yang sama! Hish! Baru je baru ni kawan komplen dia bawa anak g cucuk waktu pagi, pukul 12 tengah hari pun tak dapat jumpa doktor lagi! (Klinik ni jugak). Aku cakapla, "Eh! Nurse yang layan Kak t okey-okey je". Ha! Arini aku terkena. Baek punya terkena. Padan muka akukan?

No comments: