Wednesday, November 16, 2011

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-29

16092011 - 22112011

Bayi : Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Ibu : Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

15112011

T ke Klinik Kesihatan Temerloh untuk mendapatkan kauseling diet untuk diabetes. Baik sungguh SN Mastura yang melayan T ketika memberikan kauseling. Insya Allah, cuba patuhi diet yang telah ditetapkan demi kebaikan T. Demi kesihatan dan keselamatan my baby jugak.

16112011

Hari ni start buat bsp di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Kena mengulang 4 kali buat Blood Sugar Profile ni.

8.00 pagi : 4.8
12.oo tengahari : 6.7
6.00 petang : 4.9
9.00 malam : 4.5

Nurse dan Doktor mahu result di bawah 5.5. So dah kantoi masa buat bsp tengahari tadi. Haish! Esok kena ke klinik lagi. Nak scan my baby pulak. Apa khabar dia di dalam perut Ummi dia ni?

1 comment:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

harap2 takdelah sampai kena cucuk insulin ye T... adeeiii.. cucuk tu takdelah sakit sgt.. tapi lecehh yang lebihnya lebih2 bila nak mkn kat luar..payahh! b4 mkn dah sibuk kena cari toilet dulu sbb nak cucuk.. lepas cucuk bukan boleh mkn terus.. kena tunggu setengah jam dulu.. mmg lecehh sangat2... tp kalau terpaksa kenalah jugak... demi baby yang dikandung.. yg penting dia sihat..