Tuesday, November 08, 2011

PULAU LANGKAWI ~ DAY 2 ~

Assalamualaikum...

24102011

Kami bersarapan dahulu sebelum berjalan-jalan. Masa ini sekitar jam 8.00 pagi. Makan di sebuah kedai berhampiran Airport. Nasi Minyak sedap sekali!



Kemudian, kami gerak terus ke Telaga Harbour. Masa ni dalam pukul 9.00 pagi. Singgah ambil gambar barang sebentar.






Seterusnya kami ke Oriental Village. Kami mahu naik Cable Car pula. Waktu ini sekitar jam 9.30 pagi.



Bergambar bersama family. Itu yang wajib.





Masa kami sampai counter untuk beli tiket menaiki cable car belum dibuka, (counter dibuka jam 10.00 pagi) jadi kami ke tempat deer ini pula. Bagi mereka makanan.



Okey, kami sudah mula menaiki cable car. Sekitar jam 10.45 pagi. Kali ke tiga buat family kami menaiki benda alah ni. Seronok dalam takut!



Suka suasana di sini. Dingin. Perasaan takut dan gayat 30% yang T rasa. Selebihnya rasa happy dan enjoy sangat!



Oooooo yeah bebeh! Alhamdulillah. Selamat.



Okey, sekarang kami sudah mahu turun ke bawah. Masa ini sekitar jam 11.45 pagi. Mahu ke jambatan besi gantung itu. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Lain kali may be?



Berjalan-jalan di sekitar tempat yang cantik ini. Sungguh mendamaikan sekali suasananya. Tak puas bergambar di kawasan cantik tersusun sebegini.



Kan? I tell you! Suasana di sini sungguh damai dan cantik sekali! Mahu berlama-lamaan di sini. Tetapi masa itu sungguh mencemburui kami. Bertuahlah sesiapa yang tinggal di Pulau Langkawi. Tempatnya sungguh aman dan cantik sekali! Banyak lagi tempat menarik yang belum diterokai. Di Datai umpamanya. Area Hotel 4 Seasons. Eh, Summer Palace dah tak ada wujud lagi tempatnya ye? Sebab sudah dibina hotel besar berdekatan tapaknya dulu. Area di Telaga Harbour. Orang Langkawi, ada sesiapa mahu jelaskan?



Ini pula adalah di Pantai Pasir Hitam. Cuaca tengah panas terik. Sekitar 1.00 tengahari. Cuma bergambar di sekitar sini sahaja. Pertama kali singgah di sini setelah 5 kali menjejakkan kaki di Pulau Langkawi.



Singgah lunch dulu. Sekitar jam 1.50 tengahari. Tak menyesal pilih kedai makan ini sebab semua lauk-pauknya sedap belaka. Terutamanya Ayam Bakar dia. Sangat sedap pabila dimakan panas-panas. Baru sudah siap dipanggang. Kenyang kami dok pulun makan. Alhamdulillah.





Seterusnya kami ke Pekan Kuah. Ke Idaman Suri. Shopping time! I like it.... Oooo yeahaaa!! Peringatan! Inilah tempat paling wajib dikunjungi ye puan-puan. Sedikan ongkosnya sahaja. Pilih, bayar dan blah tanpa ragu-ragu. Gila tau tengok barang-barang yang ada di sini. Bertambah gila melihat orang-orang yang dok bershopping aka tak sedarkan diri. Hehehe... Aku masih sedar diri. Hari ni bagi peluang staff-staff dok shopping pinggan mangkuk. Big Boss bagi peluang mereka memilih pinggan mangkuk mana yang mereka berkenan. Buat hadiah dan kenangan untuk mereka bawa balik ke Temerloh. Big Momma cuma shopping beg sandang untuk Nur dan coklat sahaja. Big Momma masih waras. Hanya meninjau barang-barang dulu di sini. Kita cerita esok pulak pasal bab shopping ye?



Coklat! Sedap-sedap semuanya! Yummy!



Sebelah petangnya, kami ke Pantai Chenang. Bawa budak-budak ini mandi di pantai. Nur singgah beli seliparnya di salah satu kedai di sini. Masa ni sekitar jam 6.00 petang.





Di Pantai Chenang. 6.20 petang. Masih panas terik tau waktu ni.



Lepak-lepak di tepi pantai memerhatikan budak-budak dok mandi. Dapat merasa mandi air laut sekejap pun jadilah kata mereka.



Dinner malam ini di Restoran Hj Ramli lagi. Makan Stimboat dan Nasi Goreng. Alhamdulillah.






Sesudah makan, kami pun pulang berehat di homestay. Hari yang memenatkan namun mengujakan juga. Seronok dalam keletihan. Esok sambung berjalan lagi ye?

1 comment:

Cho Zila said...

bestnyer T dah lama tak gi langkawini.. tahun depan dalam perancanganler harap jadi... langkawi tetap bestkan walaupun apa kata orang.. entahler cam ada yang mengamit2 kedatangan.. idaman suri kot....