BLOOD SUGAR PROFILE

Assalamualaikum...

Hari ni T kena buat BSP. Blood Sugar Profile. Keputusan 8.00 pagi tadi ialah 4.9 (T kena puasa sejak pukul 10.00 malam tadi sebelum buat BSP hari ni). Kemudian balik ke rumah dan makan 2 keping Roti Wholemeal Gardenia dan segelas Susu Glucerna SR (susu khas untuk pesakit diabetes). Alhamdulillah, keputusan pada pukul 12.00 tengah hari pulak ialah 3.9. Lepas buat BSP, T ke Restoran Saniah untuk lunch. T makan Nasi Putih separuh, Sup Ayam, Kicap, Sayur Kangkung dan Air Suam. Lepas lunch tak ambik sebarang makanan dah. Takut result tak cun petang nanti. Pukul 6.00 petang keputusannya ialah 5.6. Aduh! Tak cun jugak rupanya! Balik rumah, makan menu yang sama seperti pagi tadi dan keputusan pada pukul 9.00 malam pulak turun ke 4.9. Uuuh! Serik ah! Kena jaga makan elok-elok. Kalau tidak kena ambik insulin. Tak rela I ah!



Gunting botak rambut Adib di Lemy Love Salun. Nampak kemas sikit :-D



Beli kain pelikat untuk Adib. Nak bersunatkan Adib hari Jumaat ni. Dia dah tak sabar-sabar nak bersunat. Semua kawannya pun sudah bersunat. Dia saja yang belum.



Beli sandal T & the kids di BATA tadi. Kaki T saiz 10. Susah nak cari kasut, sandal. Baru ni g Mid Valley pun, stakat ada saiz 9. Lewre ada saiz 10 tapi ketat di bahagian tengah kaki. Dah try Carlo Rino, Sembonia, Hush Puppies, Nose, Vincci tapi still tak ada saiz jugek! Geram!

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang