Wednesday, November 16, 2011

EDISI MAKAN-MAKAN

Assalamualaikum...

071111

Balik dari Kuala Krau, sediakan lunch. Tapi Singgang Daging tu, Ma yang masakkan. T tapau buat balik jer. T cuma masak Nasi, goreng Telur Dadar dan Ikan Masin. Cukuplah tu, sebab tadi dah pekena makan Nasi Kerabu 2 pinggankan? :-p




091111


Minum petang. Hot Chocolate Cadbury dan biskut ni. T kuat makan chocolate dan minum air ni kot. Sebab tu sangkut kena diabetes. Padan muka!




B balik dari opis. Mintak T gorengkan nasi. So T goreng nasi ni dan juga buatkan Air Sunquick.




Sambil tengok tv, ada iklan Pizza Hut. B cakap "sedap tu"! T pun apalagi. Jomlah kita g makan! Ha! Tu yang dapat 5.6 tu bila tengok result ambik darah!








Masa ni Nur tak ada. Dia pergi kelas tuisyen. So tapau Sup dan Roti buatnya.



No comments: