PULAU LANGKAWI ~ DAY 1 ~

Assalamualaikum...

23102011

Masa ni dalam pukul 7.30 pagi. Dah siap letak beg di dalam kereta, kami bersarapan di Nasmir Nasi Kandar. Pekena Roti Sardin dan Air Teh Tarik. Dan dari sini, Juru, kami bergerak ke Jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi.





Big Boss mahu check out bilik...





Masa ni sekitar jam 10.35 pagi. Mari kita naik ferry!



Anak-anak yang cukup teruja! (Eleh, umminya pun sama!) :-p



Alhamdulillah. Sudah selamat sampai di Pulau Langkawi. Dah dapat kereta dan homestay kami, kami keluar lunch. Masa ni dalam pukul 1.30 tengahari. Kenyang makan nasi. Lauk-pauk sedap. Sesudah makan, kami pulang ke homestay. Berehat dan solat seterusnya bersiap untuk ke Makam Mahsuri. Homestay kami terletak berhampiran Makam Mahsuri sahaja.



Di homestay kami. Ruang tamu. Ada 3 bilik. Tuan rumah beri kebenaran untuk memasak, membasuh baju dan mengizinkan kami memperlakukan rumah ini seperti rumah kami sendiri. Wah! Tuan rumah sangat baikkan? Mr. Hubby cakap, lain kali kalau mahu berjalan makan angin di Pulau Langkawi, kami stay di sini sahaja.



Ini bilik tidur kami...





Di depan homestay kami. Bersama mpv yang kami sewa. Masa ini sekitar jam 4.19 petang.



Di Makam Mahsuri. Sekitar jam 4.25 petang.













Sudah pusing Makam Mahsuri sambil memborong Fridge Magnet, kami ke destinasi berikutnya, Beras Terbakar. Masa ini sekitar jam 6.00 petang.







Kami singgah makan Mee Hoon Sup dan ABC. Laksa Kedah pun ada. Masa ni pukul 6.35 petang. Sedang molek siap makan dan masuk ke dalam mpv, hujan lebat turun mencurah-curah. So Mr. Hubby drive di dalam hujan. Pusing-pusing di Pantai Chenang dan Pekan Kuah.





Untuk dinner, sekitar jam 8.30 malam, kami ke Restoran Hj. Ramli di Pantai Chenang. Makan besar kami malam ni. Alhamdulillah. Rasa lauk-pauk yang diorder semuanya sedap! Sudah kenyang makan, kami pun pulang ke homestay. Penat memanglah penat. Adatlah berjalan-jalankan? Tidur rehat dulu. Esok kita sambung berjalan lagi!



Comments

Anonymous said…
Hellο, і feel thаt і ѕaw уou visited my website thus і got heгe to return the pгеfer?
.ӏ'm trying to in finding issues to improve my site!I guess its adequate to make use of a few of your concepts!!

Feel free to surf to my homepage :: Payday Loans

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang