HAPPY 12TH WEDDING ANNIVERSARY



Assalamualaikum...


Hari ini, 121111 merupakan ulang tahun perkahwinan T dan Mr. Hubby yang ke 12. 121112. Ooo yeah! Alhamdulillah. Suka, duka, sedih, gembira selama bertahun-tahun ini kami kongsi bersama. Harapnya jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami. Insya Allah. Terima kasih di atas doa-doa dan ucapan kalian di Facebook, SMS dan BBM. T amat-amat menghargainya!


Now dah ready nak check out bilik. Nak pergi cari sarapan dulu. Perut dah mula rasa lapar.






Sudah check out bilik kami di Greenwood. Jom mulakan perjalanan!




Kami bersarapan di NZ Curry House di Wangsa Maju. T makan Roti Canai Sardin + Kari Ayam + Teh Tarik Kurang Manis. Alhamdulillah.




Ini ketika kami di Jaya Jusco Alpha Angle.




Di The Mall. Kebetulan Adidas ada buat sale.




Di Parkson, The Mall...




Okey, mari kita pergi lunch. Perut dah lapar benar masa ni!




Pertama kali makan di sini. Nasi Padang Garuda Emas di Kg. Baru. Not bad! Sangat sedap dan memang dah lama mengidam nak makan Nasi Padang. Plan dah lama nak makan di sini. Hari ni baru berpeluang. Layanan cepat dan tip top! Nak datang makan lagi di sini walaupun harganya agak mahal. Bil yang Hubby bayar untuk lunch di sini sekitar RM80.00. Alhamdulillah. Kenyang kami makan di sini.




Yummy!




Kami kemudiannya mencari bilik hotel. Kami ke Vistana KL. Tidur di sini malam ini.




Sudah bersiap-siap mahu ke Berjaya Times Square. Di lobi hotel.




Naik monorail untuk ke Berjaya Times Square...




Kami dinner di Subway. Tuna Sandwich dia sedap amats! Yummy!





Sambung cerita lagi di next entry

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang