Thursday, November 24, 2011

ANAK-ANAK & CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum...

Hari nikan, T bawa anak-anak T g Perpustakaan Awam Temerloh. Actually, 1st time T datang sini. Anak-anak dah merasa pergi masa rombongan tadika mereka dulu. So tadi buat kad untuk my kids nak meminjam buku-buku di sini. Settle bayar RM7 seorang untuk buat kad, tanpa membuang masa, mereka dok pulun memcari dan membaca buku. T pulak dok tinjau buku di bilik orang dewasa. Tak ada buku-buku yang menarik pun coz semuanya dalam keadaan yang buruk lagi daif. T sekadar dok belek-belek majalah saja. Dalam sejam setengah jugak duduk di situ. Bagi peluang pada anak-anak untuk membaca. Air cond kuat. T pun jadi mengantok dan lapar giler. Ingat pikir pasal makan saja. T pun mesej pada Hubby nak ajak lunch sama. Nasib Hubby tak busy so hari ni g makan kat tempat jauh sikit...




Sejurus keluar dari library, T terus berjumpa Hubby di tempat yang dijanjikan dan menaiki kereta bersamanya untuk lunch di Restoran S.Z. Rahmah di Jalan Maran. Dah lama tak makan di sini. Berselera benar T dok makan tadi memandangkan perut pun tersangatlah laparnya. Best, best, best amat dapat makan di sini. Masa T sampai dalam pukul 12.45 tengah hari gitu, meja makan semua dah penuh diduduki orang. Ada satu meja saja lagi yang tinggal untuk kami. Apa lagi! T terus mencelah-celah ambik lauk dan nasi. Lambat-lambat kalu, habislah semua lauk tu. Alhamdulillah. Kenyang makan tadi. Terima kasih Mak Ngah, sibuk pun sempat jugak kita berbual tadi!



Hubby balik dari kerja tadi dia bawak balik ni, Blu-ray DVD Player. Gambar lebih jelas dan cantik kalau pakai Blu-ray. Suka!



Hubby tengah test dvd player. Tv Plasma 3D 50 inci LG ni Hubby baru beli masa kami ke KL last week. Beli di Harvey Norman Mid Valley.



3D. Syiok! Tambah syiok bila T tambah Astro super Pack. Banyak cerita yang ada. Yang paling best gambar HD dia. Jelas, terang dan menarik sungguh! Sampai T naek pening nak tengok channel mana satu. Semua channel sedap-sedap belaka ceritanya! :-D



Malam ni lepas hantar Adib ke kelas tuisyen Bahasa Inggeris, kami keluar dinner di Mc'D Mentakab. Memandangkan esok Adib nak bersunat, T tanya dia nak makan apa? Adib request nak makan burger Mc'D. T beli Family Dinner Box saja tadi.



Selepas makan, kami ke The Store yang terletak bersebelahan untuk membeli sedikit barang dapur. Dan bergegas pulang nak ambil Adib di kelas tuisyen. Uisssh! Jem pulak dah! Ada road block. Kat area lepas traffic light simpang 4 Seri Kemuning tu. Haish! Lewat setengah jam ambil Adib tadi! Geram betul tau! Kereta kena tahan sekejap. Dia suruh berhenti di tepi jalan nak tengok lesen kereta. Walawei! Pas tu tak de apa pun, dia lepas pergi gitu je. Sakitnyala hati aku ni! Grrrrrr!

No comments: