Wednesday, November 16, 2011

NESTLE FITNESSE - PENIPU!



Geram! Hari ni pergi buat bsp. Blood Sugar Profile. Punya baik aku dok jaga makan sebab nak kena ambik darah tadi. Kena buat bsp 4 kali ari ni. Pertama jam 8 pagi tadi. Aku dah puasa daripada pukul 10.00 malam tadi. Balik dari Klinik, terus makan Nestle Fitnesse Honey & Almonds + Susu Segar HL. Dan tak makan apa-apa dah sampai ke pukul 12.00 tengahari untuk buat bsp kali ke dua. Kalau pukul 8.00 pagi resultnya 4.8, pukul 12.00 tengahari resultnya ialah 6.7. Hampas betul! Sebab tak tahan dek lapar, aku g makan Nasi + Ikan Bakar + Kerabu Taugeh + Air Kosong. Dan tak makan apa-apa pun sampailah ke pukul 6.00 petang. Result bsp pukul 6.00 petang ialah 4.9. Balik ke rumah, makan Roti Bakar 2 keping + Marjerin Daisy Soft (sedikit) + Jem Aprikot (sedikit) + Air Masak. Dan tak makan apa-apa dah sampai pukul 9.00 malam. Result bsp untuk pukul 9.00 malam pula ialah 4.5. Nurse dan Doktor mahu kurang dari 5.5. Kalau bad control pada diet, aku terpaksa ambik insulin sebelum makan selepas ini. Itu yang aku cuba elakkan. Now dah kantoi tengahari tadi. Memang lepas ni jangan haraplah aku nak makan kau dah Nestle Fitnesse. Fitnesselah sangat pun! Puiii!

1 comment:

EdaManAli said...

ooohhh!!! I can't believe this...nasib dh lame xmkn tu...mkn nasik beras merah laa k.T...risau jgk gula tggi dlm drh tgh preggy ni...apepon ida doakn k.T xde pape smpai laa lps baby tubik & smpai bile2 pon... :) tke cre...