Wednesday, November 09, 2011

PULAU LANGKAWI ~ DAY 3 ~

Assalamualaikum...

25102011

Hari terakhir di sini. Kami singgah di Sireh Lagenda yang terletak bersebelahan dengan homestay kami. Masa ni sekitar jam 8.15 pagi. Kami adalah pelanggan pertama yang datang pada hari ini. Singgah di belakang kedai untuk melihat gamat yang sedang dimasak di dalam kawah seperti gambar di bawah.




Mr. Hubby sedang meninjau-ninjau produk gamat yang ada.




Shopping produk gamat di sini. Banyak jenis produk yang ada. Tunggu nak memilih sahaja. Harga boleh tawar-menawar di sini.





Kami akan singgah ke sini lagi jika datang ke Pulau Langkawi!




Gambar ini semasa bersarapan di Medan Selera, Bandar Kuah. Sekitar jam 9.15 pagi. Nasi Lemak Sotong dan Air Teh Panas. Sedap sekali!




Misi kemudian diteruskan di sini. IDAMAN SURI. Hantar dulu staff-staff Hubby dan beg aka barang shopping di Jeti. T dan Mr. Hubby dok sambung shopping sikit di sini. Ingat sekali lagi okey, datang Pulau Langkawi, kunjungilah juga IDAMAN SURI!




Mr. Hubby tengah q nak beli tiket ferry. Alhamdulillah. Tak perlu menunggu lama. Lepak dalam sejam untuk menaiki ferry yang seterusnya. Masa ni sekitar jam 11.50 pagi.




Muka ceria kami semua. Tq Big Boss! Bawa kami jalan-jalan. Bagi kami peluang bershopping!




Dah... Selamat tinggal Pulau Lagenda! Nanti nak datang lagi, lagi, lagi dan lagi!




Ferry yang kami naiki. Di sebelah kanan tu. Besar sekali saiznya! Masa ni jam 12.50 tengahari.




Alhamdulillah. Sampai di Jeti Kuala Kedah pada pukul 2.50 petang dengan selamatnya.




Singgah makan di kedai yang wajib kami singgah setiap kali kami berada di kawasan ini. Kalau tak silap kami mula makan di sini sejak tahun 2002. Keow Teoy Sup dan Cendol Pulut dia sangat marvelous!




Kedai makan tadi terletak bersebelah dengan Masjid ini. Kalau ada yang mahu singgah, silakanlah ye? Tapi kedai makannya biasa-biasa saja. Kedai makan di tepi jalan.




Sesudah makan, kami singgah bersolat jamak dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Untuk malam ini, kami tidur di Penang Paradise Sandy Beach Resort di Batu Feringghi. O yeah!

No comments: