SALAM AIDILADHA 1432H



Assalamualaikum...


Salam Aidiladha 1432H. Baru hari ini berkesempatan nak update cerita pasal raya haji tahun ini. Tahun ini kami beraya di rumah Ma dan Abah T di Kuala Krau. Beraya bersama adik-adik saja tahun ini. Yang lain tidak dapat pulang beraya bersama.


Juadah di pagi raya. Ma sediakan Nasi Tomato, Rendang Ayam, Rendang Daging, Nasi Himpit, Kuah Kacang dan T belikan beberapa batang Lemang di Temerloh sebelum balik ke kampung. Alhamdulillah.



T di pagi raya. Alhamdulillah. Dapat menunaikan ibadat Solat Sunat Aidiladha di Masjid di Pekan Kuala Krau bersama ahli keluarga.




Dah berjanji awal-awal mahu ketemu kawan sekolah T. Hampir 22 tidak bertemu ni tau! Kali terakhir bertemunya semasa kami berumur 10 tahun. Dia bersekolah di sekolah lain ketika kami mula melanjutkan pelajaran dalam darjah 5 dahulu. Datang melawatnya ketika dia di dalam pantang. Ini adalah babynya yang ke 3. Comel! Macam anak orang putih!





T dan kawan T, Syahida Ramli. Happy dapat jumpa kamu semula Ida!

** SAYANG KAMU **




Kemudian T singgah sebentar di rumah kawan T. Ha! Yang ini pula sudah hampir 17 tahun tidak bertemu. So perasaan happy tu tak dapat digambarkan pabila dapat bertemu kawan-kawan yang sudah bertahun-tahun kita tak jumpa. Walau dapat berjumpa sekejap cuma, T sangat menghargai saat-saat itu. Kenangan manis yang mengimbau ingatan dulu. Zaman bersekolah. Zaman paling manis buat semua. Nak-nak buat kita yang sudah semakin berusia ni. Teringat saja kenangan lama ketika bersekolah dahulukan? Tq Ina. T happy dapat bertemu Ina! Harap kita dapat bertemu lagi nanti. Insya Allah!

** SAYANG KAMU **




Sebelah petang, keluarga jiran lama Ma dan Abah datang beraya. Dah lama jugak tidak bertemu mereka ni semua. So, memang happylah dapat berjumpa mereka yang sudah lama kita tidak ketemui. Perasaan tu memang sukar nak digambarkan. Rasa sangat teruja dan sangat gembira! Mak Cik Normah, Kak Aya, Saffuan yang T kenali semenjak T kecil lagi. Masa-masa yang berlalu membataskan pertemuan kita semua. Di hari raya kita bertemu. Indahnya momen itu.





Minum petang. Mee Goreng. Adik T yang goreng ni.




Sarapan pagi raya ke dua. Nasi Kerabu. Oh yummy! T makan bertambah 2 pinggan. Oooops!





Comments

EdaManAli said…
terliur mee goreng ngn nasik kerabu tu, k.T...mmm...

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang