Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah. 1433H. Selamat Menyambut Tahun Baru dalam kalendar Islam. Semoga hari-hari mendatang, memberikan kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua. Dijauhi bala mara bahaya. Semoga yang manis-manis saja hendaknya terjadi. Tak mahu lagi alami yang pahit-pahit. Serik! Amin Ya Rabbal Alamin.

Hari ini family Abang Ipar datang bertandang dari selayang. Terima kasih di atas kunjungan kalian! Datang melawat Adib. Untuk lunch, T cuma masak Ikan Talapia Goreng dan Ikan Merah Bakar. Lauk-lauk lain Hubby beli di kedai makan di Bukit Angin. Dekat kedai kontroversi pasal kes Gulai Ikan Patin Tempoyak yang dicaj harga RM35K tak lama dulu. Makan ramai-ramai. Seronok!



Lauk Adib dan Nur for dinner, Ikan Tenggiri Bakar.



Untuk T dan Hubby, Ikan Krai Goreng Berempah + Kicap Manis. Rempah Mak Mertua bawa dari Kelantan ari tu. Simple menu saja malam ni. Alhamdulillah.

No comments: