Monday, November 28, 2011

TUNAS MANJA

Assalamualaikum...

Pagi ni lepas breakfast, kami ke Tunas Manja. Cari barang dapur sikit. Adib kena duduk dalam kereta. Ummi kena cepat-cepat cari barang coz kesian pada Adib yang ditinggalkan di dalam kereta. Tapi dia okey coz dah tingggalkan handphone untuk dia main game tadi. As long as dah dapat handphone, dia tak kisah apa dah...



Untuk lunch Adib, T masak Sup Kepala Ikan Merah. Adib makan bertambah. Suka Ummi melihatnya! T tak pernah beli tau Ayam atau Ikan di The Store atau di Tunas Manja. Atau di kedai yang besar. T beli di kedai dekat kawasan kedai rumah T saja. Pernahlah sekali dua beli daging yang diperap di Giant atau Tesco. Tak berani beli Ayam kat situ takut cara sembelih tak betul. Sebab tu T cari di kedai biasa saja. Ikan-ikan nipun Hubby beli di Pekan Sehari semalam.



Untuk minum petang T dan Hubby, T buat Salad ni dan juga potong Buah Naga. Teringin nak makan dua makanan ni hari ni. Anak-anak pulak mintak dibuatkan Roti Bakar saja. Alhamdulillah.



Untuk dinner kami 3 beranak, T masak Kari Kepala Ikan Tenggiri. Alhamdulillah.



Baby sayang,

Tadi sebelum Ummi dan Abah pergi cari barang dapor di Tunas Manja, kami singgah di Kedai Perabot Teck Seong. Ummi dan Abah nak cari almari untuk baby. Ummi memang nak cari almari yang berwarna putih tau untuk Baby. Hari tu Ummi dah tengok di IKEA, ANEBODA chest of 3 drawers. Harganya dalam RM199 tapi Abah tak mahu beli yang itu. So tadi, Ummi pilih almari yang ini dan Abah setuju nak beli. Terus call tokey Teck Seong minta diskaun aka special price. Hehehe. Deal harga dan terus petang tadi almari ni mereka hantar ke rumah kita. Nanti Ummi simpan dan susun barang-barang baby dalam almari ni okey anak Ummi? :-D

3 comments:

Emy Omar said...

Adib dah makin sihat ye?Bagus la..cantik wardrobe baby tu..colour putih..sweet sangat.

salina said...

cantiknya wrdrobe tu tie....

Cho Zila said...

ingatkan tunas manjatu nama tadika tadi... lawa lemaritu... suka gak kaler dia... berbaloi2 der diskaunkan...