Posts

Showing posts from December, 2011

STAR MALL MENTAKAB

Image
Assalamualaikum...

Petang tadi kami ke Mentakab. Singgah dinner dulu di Alias Tomyam. Kemudian kami ke Star Mall. Mall yang baru seminggu dibuka. Hari ni baru sempat nak pergi. Cari barang dapur sikit. Barang-barang dapur dah kehabisan di rumah ni :-D




Dah sia pilih barang-barang, jom kita pergi bayar pulak. Big boss, your turn now! Hehehe...



Di antara barang hasil shopping tadi. Nampak di pintu masuk. Terus grab tanpa berfikir panjang! Suka design tin-tin ni!



Durian Musang King. Kawan Mr. Hubby datang hantar ke rumah tadi. Terima kaih banyak-banyak ye Mr. Mamat? Tapi T tak makan lagi. Esok T ada check up di klinik.

40 MINGGU NAN AjAIB : Minggu Ke-35

28122011 - 03012012

Bayi : Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia sudah tahu waktu tidur dan berjaga.

Ibu : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila masa. Bersiap sedia dari sekarang.

Oh! Takut pulak aku dok baca ayat ni! Hari ni berasa pening kepala selain cramp di kaki yang biasa terjadi kalau cuaca sejuk @ tidur dalam air-cond. Insya Allah, dah get ready untuk bersalin. Semoga Allah mempermudahkannya. Amin.

LE JASMEEN

Image
Assalamualaikum...

Tadi T ke sekolah, hantar Nur ada nak kena buat persembahan Action Song dalam majlis anjuran Pegawai Pendidikan Daerah di Dewan Tun Razak, Temerloh. Juga singgah beli baju-baju sukan sekolah dan lencana. Buku-buku belum ada stok. Kena datang sekolah hari Jumaat ni pula.



Dari sekolah my kids, Hubby hantar T ke Spa Le Jasmeen. Opening day hari ni. Berpindah ke lokasi baru. Jika sebelum ini spa ini terletak di depan Balai Polis Temerloh, kini ia terletak di hadapan Pasaraya Ten-Ten dan KS Walk Mart. T tengah makan Nasi Impit, Mee Hoon Sup, Kuih-muih dan Air Oren Sunquick bersama kawan baik T, Kak Yah.



Me, Kak Yah dan Reena. Pemilik Spa Le Jasmeen.



With my friends. Baby Adelia, Reena, Ida and Kak Yah.



Buah tangan dari Le Jasmeen. Tq so much Reena!



Bubur Assyura. Kawan Hubby yang beri tadi. Yum sedap!



Around 2.30 petang tadi pergi ambil Nur di sekolah semula. Nur dapat hadiah towel ni. Dia cakap lunch tadi dia dan kawan-kawan sedap makan nasi bertambah lauk Gulai Tempoyak Ikan…

PRIMULA BEACH RESORT

Image
Assalamualaikum...

251211

Dari Giant, kami terus mencari bilik. Ingat nak tidur di Sumai tapi tak jadi. Kami tidur di Primula Beach Resort. Bilik Garden View. RM196.00. Tapi rasa macam tak best kalau dibanding dengan Hotel Tanjong Vista, RM186.00. Ada perkhidmatan wi-fi. Sini tak ada wi-fi. Kat lobi pun susah nak reach. Nak makan breakfast kena q dulu. Orang ramai. Nak ambik makanan, semua dah nak habis. Kena tunngu lagi untuk dia tambahkan makanan. Tu pun pergi pukul 9.00 pagi. Dah ajak anak-anak turun breakfast awal tapi semua nak sambung tidur. Penat mandi kolam agaknya. Kan dah padan muka kena bertunggu tangga!



Layan makan Murtabak Raja di dalam bilik. Sebiji RM3. Sedap sehingga menjilat jari! Ngeeeee



Singgah minum di cafe hotel lepas serahkan kupon Welcoming Drink.



Lepak bersantai di kolam renang. Temankan my kids yang seronok bermandi-manda...




Berjalan di sekitar pantai. Ombak laut mengganas kasar. Takot melihatnya!



Dinner di Warong Norazila Kuala Ibai. Berhadapan Masji Terapung. Nasi…

PASAR PAYANG

Image
Assalamualaikum...

251211

Dah ready nak check out bilik. Masa ni Mr. Hubby dah ok sikit dari selsemanya. Dia mula kena selsema semalam selepas meredah hujan nak beli Durian Musang King for me hari Jumaat lepas. Kesian dia sakit because of me! Love you so much Mr. Hubby!




Selepas check out bilik kami terus ke Pasar Payang. Isi perut makan-makan dulu. Lepas makan pusing-pusing kedai beli barang sikit.



Kain sutera! Kain sutera! Tapi T tak beli walau sehelai pun :-p harga jenis yang ini RM199. Harga promosi katanya. Ada jugak yang T nampak jenis ni mencecah harga RM450 dan mungkin ada yang lebih lagi. T tak beli coz tak menjadi keperluan lagi buat masa ni...



Cari makanan pula di tingkat bawah. Kuih-muih, Keropok Lekor, manisan...



Nak balik dah. Di belakang tu ialah bangunan Baazar Warisan.



Di Giant. Beli kasut sekolah anak-anak, Roti dan Murtabak Raja yang sangat sedap rasanya. Yummy!

FROM TANJONG VISTA WITH LOVE

Image
Assalamualaikum...

Morning from Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu :-D



Kami breakfast di sini pagi ini. Tanjong Cafe di lobi hotel.



Breakfast time. Nur sedang nak memilih makanan.



Makan, makan!




Sudah kenyang. Alhamdulillah. Sedang bermalas-malasan di dalam bilik.

KUANTAN - KUALA TERENGGANU

Image
Assalamualaikum...

Preggy mommy yang tak tahu penat. Senang hati mau berjalan jauh. Baby behave ok?



Breakfast. Roti canai Banjir + Milo Panas. Terbaeklah! Alhamdulillah.



Kami di Kuantan Parade! Plan last minute ni. Pagi ni baru kami berbincang. Perancangan awal sebenarnya mahu ke ke Sg. Petani, Kedah iaitu ke rumah My Sil tapi Mr. Hubby risau pulak takut T penat berjalan jauh. Kebetulan Mr. Hubby ada hal nak settle kerja di Kuala Terengganu. So, begitulah ceritanya. Macam biasalah kami ni, sambil berjalan, sambil Mr. Hubby nak settlekan kerjanya. Sambil menyelam minum air. Ha, gitu...



Beli baju sekolah anak-anak dan my Blouse di NSK Boutique. Sebelah Watsons. Beli jenama "Canggih". Senang nak iron. Blouse pun cantik-cantik di sini. So T sudah tahu di mana nak cari baju yang boleh padan dengan "my body" ni lepas ni! Hehehe...



Dah siap shopping, singgah kedai beli majalah-majalah bulan Januari 2012, terus keluar dari Kuantan Parade.



Kami lunch di sini tadi.



T makan Daging S…

MUSANG KING

Image
Assalamualaikum...

Tadi Mr. Hubby ke Kuantan, dia belikan ni, Durian Musang King. 2 biji durian ni harganya RM76.00. T cuma makan 3 ulas saja malam ni. Esok sambung makan lagi. Tq B! Belikan untuk Ummi!



Dinner malam ni, M'cd. Lagi murah harganya kalau nak diikutkan jika beli set Prosperity Dinner Box, (RM49.90), yang T beli ala carte tadi around RM51.00. Kalau nak berjimat, kena belilah set box tu lepas ni ye? Hehehe...



Udang Goreng yang Mr. Hubby belikan di Tg. Lumpur tadi.

MUSANG KING

Image
Assalamualaikum...

Tadi Mr. Simple aka Mr. Hubby ke Raub & janji nak bawak balik Durian Musang King. Tapi bila balik rumah dia kata dah cari Durian Musang King, tapi tak ada. So, dia belikan durian kampung saja. Malas nak menambah kalori malam-malam hari ni, so, sikit pun T tak jamah durian ni. Baby, you jangan nak buat meleleh-leleh air liur tu nanti ok? Tak ada rezeki kitalah :-(



"Semua ini Nur yang punya!" Budak ni hantu durian! Abang Adib tak suka sangat makan durian. So, dialah yang tukang pulun!