Saturday, December 03, 2011

ADIB BLEEDING...

Adib bleeding semalam. Ngeri weh! Terus T call Klinik Sulaiman. Pihak diaorang kata, kalau sikit itu normal. Tapi kalau teruk, kena follow up dengan doktor semula. Dan Alhamdulillah, hari ini dia okey saja dan dah mula pakai seluar. Harap-harap tak ada apalah yang berlaku yang bakal memudaratkannya. Risaunya Ummi tak terkira!



Lunch. T masak Ikan Tenggiri Bakar, Sotong Goreng dan Sayur Bayam. Daging Bakar tu T beli masa g makan breakfast Nasi Kerabu di Gerai Makan Mok Nab di Taman Seri Semantan pagi tadi. Alhamdulllah. Lauk-lauk pulak Hubby singgah beli di Pasar Temerloh tadi.



Untuk minum petang kami tiga beranak, T masak Fettuccine Seafood Cream. Abang Adib pulak makan Roti Bakar saja. Kesian Abang Adib. Dia minta T masakkan menu ni bila dia dah sembuh nanti. Iye Abang Adib! Nanti Ummi masakkan ye?




Dinner. T masak Ikan Tenggiri Masak Pindang dan Ayam Goreng. Senang dan mudah. Janji kenyang! Alhamdulillah.



Beras Siam ni kawan Hubby yang bagi. Dia baru balik dari Kelantan. Terima kasih daun keladi! Tiap kali kawan Hubby ni balik Kelantan, mesti dibelinya kami Beras Siam. Rezeki, terima kasih.



Hari ni T try beli dan makan ubat homeopati Salindah ni. T start ambil dari B3-B6. Ubat selebihnya, T akan beli selepas bersalin nanti. Mudah-mudahan T mendapat kebaikan dan manafaat dengan mengamalkan produk ini. Dengan izin Allah. Insya Allah.

Examo CKM 500 tu pula untuk makanan tambahan anak-anak. Untuk minda mereka. Kita yang dewasa nipun boleh ambil makan juga.



Hubby beli buku-buku ni di Tunas Manja tengahari tadi. Singgah di Tunas Manja untuk beli produk Salindah juga.

No comments: