ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum..,

T baru balik dari Klinik Sulaiman, Temerloh. Bukak clamp Adib dan nurse kata okey. Tak berdarah, bengkak, luka apa pun. Cuma Adib cakap masa buka clamp tu rasa sakit. Then, T jumpa doktor untuk scan baby pula. Alhamdulillah. Air ketuban makin bertambah. Kalau minggu lepas cuma di paras 8.5, hari ini naik ke 11. Ukuran berat baby pun bertambah, dari 1115g pada minggu lepas ke 1422g tadi. Doktor bilang baby bergerak tersangatlah aktifnya dan nampak gayanya menurut doktor, Insya Allah, gender baby adalah gegirl. T okey saja samada girl atau boy. Terima saja Allah nak bagi apa. Tak kisah tentang jantina anak. Yang paling penting baby sihat, sempurna fizikal dan mental. Itulah yang utama. Berat T pulak naik 0.5g. Menjadikan berat T 90kg sekarang. Berat 0.5g tu naik untuk sepanjang bulan November. Berat badan T tak naik banyak, setakat ni baru naik 10kg. Sebab tu saiz baby kecil kot! So, buat masa ini, T terselamat dari ditahan di hospital. Untuk pengetahuan semua, sepanjang T hidup selama 32 tahun ni, baru 2 kali T ditahan di hospital iaitu ketika melahirkan Adib dan Nur. Harap-harap keadaan T dan baby okey sepanjang proses kehamilan ini. Insya Allah.

Comments

EdaManAli said…
insyaAllah, everything gonna be OK...happy for you k.T...ida pon kalo dpt ank lg, ida nk gegirl lg...gegirl ramai2, harap2 bleh tolong ummi msk2 kt dapo...heheheee...

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang