Sunday, December 11, 2011

FESTIVAL PUISI WARISAN



Assalamualaikum...

Pagi tadi T hantar Adib ke SK Bandar Temerloh. Ada program Festival Puisi Warisan Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Pahang 2011. Sekolah telah memilih Adib dan 19 orang yang lain untuk membuat persembahan pada hari ini. Di antara tenaga pengajar yang hadir hari ini ialah Saudara Roslan Madun. Pelantun lagu "Menghilir di Sungai Pahang". Sebelum ini pun ketika Adib & The Gang membuat persembahan di sekolahnya, Saudara Roslan Madun pernah datang untuk menjadi juri dan pada masa itu kumpulan Adib telah menang ketika membuat persembahan. Lawan di antara kelas-kelas darjah 5. Adib cakap suaranya sama, saling tak tumpah dengan yang kita dengar melalui kaset atau vcd. Muka pun tak nampak tua. Maintain muda saja.

Adib & The Gang...



Menunggu giliran untuk membuat persembahan.



Sekolah Adib, SK Jalan Bahagia membuat persembahan.

Seloka Emak Si Randang

Baik budi emak Si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan

Anak di pangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak terhutang
Beras habis padi tak jadi

Md. Ali Bachik @ILADAM (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

No comments: