Monday, December 05, 2011

HOTEL LOTUS



Assalamualaikum...

Hari ni kami ke KL. Singgah lunch dulu di Restoran Al-Amin Food Corner di Greenwood. Hubby order Nasi Panggang Ayam Kampung Goreng, T order Nasi Kerabu, Adib order Nasi Mandy Kambing dan Nur order Nasi Ayam. Alhamdulillah. Kenyang makan tadi.



Malam ni kami tidur di Hotel Lotus di Jalan TAR. Ini suasana di dalam bilik. Harga bilik RM150.00 sahaja. Berhampiran dengan Maju Junction dan Sogo. First time stay kat sini. Mula-mula nak cari bilik di Hotel Prescott Inn. Tapi full house. T cakap dengan Hubby ambik bilik di sini sajalah coz dah tak larat nak cari hotel lain. Esok Hubby ada kes di Mahkamah KL. Dari kena tinggal di rumah, Hubby bawa kami sekali :-D






T hampir termasuk di dalam kalangan mereka ni tadi :-p Tapi tak ada yang berkenan. Mana taknya, dalam hati lebih teruja nak mencari barang keperluan baby! Ngeeee



Beli barang baby sikit. Ummi geram jek tengok barang-barang baby tadi...




Dari Sogo kami singgah dinner di Restoran Sari Ratu. Kena RM74.50 makan macam ni. Hari tu makan di Restoran Garuda Emas di Kg. Baru harga lebih kurang ini jugak, tapi rasanya lagi sedap dan banyak lagi lauk yang diambil waktu tu. Hubby siap merungut cakap mahal. May be campur deko kedai kot. Tapi suasana makan tadi sangat tak selesa coz ada satu family tu biarkan anak5 mereka berlari satu restoran dengan menjerit bagai. Tak selesa betullah wei! Yang si ayah dan emak cuma sound, "diam, diam, diam" pada anak5 mereka. Tapi sampai ke sudah, gitu jugaklah perangainya. Adib dan Nur dok geleng-geleng kepala melihatkan aksi-aksi mereka. Me? Hurm... Alahai



Nur tengah tunggu Abah bawa naik Chicken Chop sebab Nur belum makan nasi lagi malam ni. Hubby beli Chicken Chop di restoran di bawah hotel.

No comments: