Saturday, December 24, 2011

KUANTAN - KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum...

Preggy mommy yang tak tahu penat. Senang hati mau berjalan jauh. Baby behave ok?



Breakfast. Roti canai Banjir + Milo Panas. Terbaeklah! Alhamdulillah.



Kami di Kuantan Parade! Plan last minute ni. Pagi ni baru kami berbincang. Perancangan awal sebenarnya mahu ke ke Sg. Petani, Kedah iaitu ke rumah My Sil tapi Mr. Hubby risau pulak takut T penat berjalan jauh. Kebetulan Mr. Hubby ada hal nak settle kerja di Kuala Terengganu. So, begitulah ceritanya. Macam biasalah kami ni, sambil berjalan, sambil Mr. Hubby nak settlekan kerjanya. Sambil menyelam minum air. Ha, gitu...



Beli baju sekolah anak-anak dan my Blouse di NSK Boutique. Sebelah Watsons. Beli jenama "Canggih". Senang nak iron. Blouse pun cantik-cantik di sini. So T sudah tahu di mana nak cari baju yang boleh padan dengan "my body" ni lepas ni! Hehehe...



Dah siap shopping, singgah kedai beli majalah-majalah bulan Januari 2012, terus keluar dari Kuantan Parade.



Kami lunch di sini tadi.



T makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Tempoyak dan Teh 'O' Ais. Terbaeklah! Alhamdulillah!



Lepas lunch, kami singgah di Butik Pearl Haya di Malay Town, East Coast Mall. Berkenan kat 2 helai tudung di sini dan terus beli. Terus tukar pakai tudung yang dipakai sebelumnya pun! Suka design tudung brand ni. Nanti nak tambah koleksi lagi! Tq Mr. Hubby belikan tudung-tudung tadi untuk Ummi!



Singgah dinner di Warong Norzila Kuala Ibai. Makan Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Impit. Terbaeklah! Alhamdulillah.



Dari Kuantan tadi kami gerak ke Kuala Terengganu mengambil masa 4 jam. Pukul 5.00 pm di Kuantan dan sampai di Kuala Terengganu jam 9.00 malam. Alhamdulillah. Selamat sampai. Malam ni kami bermalam di Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu. First time stay di sini. Jika sebelum ini kami pernah stay di Primula Beach Resort dan Hotel Grand Continental, malam ini kami pilih untuk bermalam di sini pula. nampak macam hotel baru. Bagus! Dalam bilik ada wi-fi dan iron, serta bahan-bahan asas lain yang ada di dalam bilik hotel. Suka tau!




* Mr. Hubby mula demam selsema. Ya Allah, Kau sembuhkanlah kekasih hatiku dengan segera. Tak sanggup tengok dia penat menahan sakit. Amin. *

2 comments:

Emy Omar said...

Kita pun suka brand Canggih,senang iron.Kualiti kainnya sangat bagus.Enjoy jalan-jalan ke KT ye..buat Mr.Bob get well soon.Speedy recovery ok..

Anonymous said...

buy propecia online propecia monthly cost - buy genuine propecia online