MY BIL MENINGGAL

Assalamualaikum...

My bil, suami Kak Long T, Romli Yussop telah meninggal dunia sekitar jam 2.00 petang pada 071211 di Hospital Temerloh. Beliau mengidap penyakit paru-paru berair, gout dan jantungnya telah berhenti berdegup ketika dibawa ke hospital. Arwah baru berusia 55 tahun. So, sejak tarikh arwah meninggal, T pun busy sama coz rumah kami terletak berdekatan. Selang 10 buah rumah saja pun. Busy melayan adik-beradik, saudara-mara yang datang bertandang dan tidur di rumah kami berdua. Alhamdulillah, proses pengkebumian arwah berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih buat semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang datang menziarah dan mengucapkan takziah. Ingatan dan budi baik kalian tak dapat T lupakan. Terima Kasih. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang