Tuesday, December 27, 2011

PRIMULA BEACH RESORT

Assalamualaikum...

251211

Dari Giant, kami terus mencari bilik. Ingat nak tidur di Sumai tapi tak jadi. Kami tidur di Primula Beach Resort. Bilik Garden View. RM196.00. Tapi rasa macam tak best kalau dibanding dengan Hotel Tanjong Vista, RM186.00. Ada perkhidmatan wi-fi. Sini tak ada wi-fi. Kat lobi pun susah nak reach. Nak makan breakfast kena q dulu. Orang ramai. Nak ambik makanan, semua dah nak habis. Kena tunngu lagi untuk dia tambahkan makanan. Tu pun pergi pukul 9.00 pagi. Dah ajak anak-anak turun breakfast awal tapi semua nak sambung tidur. Penat mandi kolam agaknya. Kan dah padan muka kena bertunggu tangga!



Layan makan Murtabak Raja di dalam bilik. Sebiji RM3. Sedap sehingga menjilat jari! Ngeeeee



Singgah minum di cafe hotel lepas serahkan kupon Welcoming Drink.



Lepak bersantai di kolam renang. Temankan my kids yang seronok bermandi-manda...




Berjalan di sekitar pantai. Ombak laut mengganas kasar. Takot melihatnya!



Dinner di Warong Norazila Kuala Ibai. Berhadapan Masji Terapung. Nasi Kerabu, Nasi Dagang yang amat enak dan sedap di sini. Cubalah! Anda takkan berasa rugi.




Singgah di kedai makan di Pantai Batu Burok. Beli Ice-Cream Goreng. Yummy!



261211

Breakfast time. Mr. Hubby keluar settlekan urusannya di Pejabat Tanah. Lepas makan pusing around hotel ambik gambar. Then tunggu Mr. Hubby balik. Check out bilik dan terus ke Giant. Singgah beli Murtabak Raja yang sedap tu dulu untuk bekalan di perjalanan. Singgah di Tanjung Lumpur untuk lunch merangkap minum petang. Kemudian singgah di rumah kawan Mr. Hubby, kebetulan jumpa dia semasa makan di Gerai Mok Naa tadi. Dia ajak singgah di rumahnya. Kami tumpang bersolat jamak dan dia berikan T buah tangan dari Vietnam. Alas meja. Cantik dan sangat sweet! Sudah minum air dan berborak, kami pun pulang ke rumah. Home sweet home! Oh! Penat yang tidak terkira. Lepas ni tak buat dah kot perjalanan jauh. Tak berani dah. Next week nak masuk 36 minggu dah.

1 comment:

MAYA said...

bestnyer jalan2.. kak ti dh bape bulan???? larat g bercuti-cuti.. :)