SURIA KLCC



Assalamualaikum...

Dalam pukul 8.30 pagi tadi, turun ke bawah ingat nak makan Roti Canai Sardin for breakfast. Tapi T dok terpandang kat satu gerai mak cik depan Restoran dan Hotel Lotus ni. Nampak orang ramai dok berkerumun dekat gerai dia. Apa lagi, T pun pergilah menyelit sama. Aaaa, ada Nasi Lemak Kerang, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Mee Goreng, Mee Hoon Goreng dan pelbagai lauk tambahan serta Kuih-Muih. Tanpa berfikir panjang terus T dan anak-anak order beli. Singgah di Restoran Lotus bungkus Air Teh 'O' Panas dan Milo Panas. Naik bilik dan makan. Alhamdulillah. Sedap dan kenyang!



Breakfast kami 3 beranak pagi tadi. Alhamdulillah.



Dah check out bilik di Lotus. Temankan Mr. Hubby breakfast sebelum itu. Mr. Hubby tak sarapan apa sebelum pergi ke court tadi. Pekena dulu Roti Canai Sardin dan Teh Tarik. Baru ada power nak bergerak ke sana-sini!



Tadi T & the kids dok pusing KLCC 3 beranak. Mr. Hubby g settle kerja dia. Tak shopping apa pun. Just beli Popcorn Garrett saja. T beli 3 perisa saiz kecil je. Nak merasa. Fuh! "Manih Leting" oooo! Kena minum air mineral pas makan popcorn ni untuk "membilas" kemanisannya! Tak perlu air manis lain dah! Hehehe... Sejam di KLCC, Mr. Hubby pun datang menjemput kami. Destinasi seterusnya di Sri Damansara. Mahu settle kerja Mr. Huuby dulu. Bukan berjalan saja-saja okey? Sambil berjalan, sambil buat kerja jugak!

Di KLCC






Dekat pukul 3.30 petang baru kami lunch. Dok settle kerja Mr. Hubby dulu sebelum tu. Lunch di Restoran Ani Sup Utara di Sri Gombak. Alhamdulillah, kenyang perut suka hati! Ngeeee... Lepas makan, terus kami balik ke rumah. Home sweet home!

Comments

Zana Nordin said…
walaupun just ikut hubby kak tie buat kerja...tp ok ler tu kak..leh jalan2 cuti mata gark..

puas ler baby berjalan yerk..
dlm perut pun dah serata tempat pergi..

rindu ngan kak tie..
lama tak menjengguk
Cho Zila said…
pergi KLCC makan popcorn yang diwar2kan itu.. manis yerk... kita yang duk sinipun tak merasa lagi... malas nak gi KLCC...
berjalan dan makan memanglah acara wajib Tkan.. kalau masuk sini tak nampak makanan rasa cam bukan blog T...

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang